KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb Disember 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput untuk menerima tawaran tender bagi pengurusan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham untuk tempoh 2 tahun dari tahun 2023 sehingga 2025.

Syukur ke hadrat illahi, KOPUBI Perak Bhd telah mengembangkan perniagaannya dengan menerima tawaran yang sangat bermakna bagi penutup tahun 2022 ini di mana En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd telah menandatangani perjanjian pengurusan kantin bagi tempoh 2 tahun di hadapan Pengetua Sekolah Kebangsaan Bercham iaitu Tuan Haji Nik Mohamad Supian bin Nik Awang.

Kini secara rasminya pihak KOPUBI Perak akan menguruskan perkhidmatan kantin sekolah ini dan dijangka akan dapat memberi impak ekonomi kepada anggota KOPUBI Perak Bhd dan akan menjana pendapatan yang berterusan di dalam tempoh dua tahun akan datang ini.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPSYA Kali-8

En. Sharul Rahman mewakili KOPUBI Perak Bhd hadir bagi menerima Perjanjian Kantin SMK Bercham daripada Pengetua Sekolah iaitu Tuan Haji Nik Mohamad Supian bin Nik Awang

Ini adalah sesuatu kejayaan yang amat membanggakan dan menjadi satu batu loncatan kepada KOPUBI Perak Bhd utk terus maju sebagai salah sebuah koperasi yang berdaya saing di Negeri Perak ini.

Setinggi terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham yang diketuai oleh Tuan Haji Nik Mohamad Supian bin Nik Awang yang memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak KOPUBI Perak Bhd bagi menguruskan pekhidmatan penyediaan makanan dan minuman kepada seluruh pelajar dan guru-guru di sekolah ini.

Sudah pasti peluang serta kepercayaan yang diberikan ini akan digunakan sebaik mungkin dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #GerakanKoperasi