KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 9hb Mac 2022 yang lalu, bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang bertempat di Station 19, Ipoh Perak.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Pembekalan Makanan dan Pengurusan Kantin bersama salah sebuah Pengusaha yang merupa anggota kepada KOPUBIPerak Bhd iaitu Pn Noor Azwa.
Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan tiga orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Pn. Samsiah selaku Bendahari Koperasi, En. Kharul Akmal selaku Ahli Lembaga Koperasi dan Pn Zuraida merangkap Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari KOPUBI.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Operasi Memasang Signboard Pejabat Cawangan Kopubi Perak Bhd
Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan mengeluarkan sejumlah modal bagi melaksanakan perojek pembekalan makanan dan pengurusan sebuah kantin sekolah dan dijangka akan memberikan pulangan yang memberangsangkan dalam masa yang singkat serta efektif.
KOPUBI Perak Bhd sangat percaya dan yakin ini adalah satu usahasama yang mampu menjana pendapatan kepada KOPUBI serta memberi pulangan yang tinggi seterusnya mampu meningkatkan ekonomi anggota koperasi melalui pengagihan dividen yang agak tinggi pada masa akan datang.
Insyallah, sasaran dividen sebanyak 15% setahun pada masa akan datang adalah tidak mustahil melalui projek-projek yang berdaya maju dan telah dilaksanakan ini melibatkan KOPUBI Perak Bhd.
Setelah temerai perjanjian ini maka akan bermulalah sebuah episod baharu KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha mencakna ekonomi di Negeri Perak ini.
Melalui usaha ini juga, pihak KOPUBI Perak Bhd dijangka akan menjana pendapatan yang konsisten serta menguntungkan dan akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada peningkatan ekonomi KOPUBI Perak Bhd terutama pada musim perayaan yang mememang menjadi lubuk menjana pendapatan bagi para usahawan di negara kita ini.
Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI