PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb Mac 2021 yang lalu, PUBI Perak telah berlangsung Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI). Bil.01/2022 bagi sesi tahun 2021/2023.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Menggantung Banner Bazar Ramadhan 2022

Mesyuarat Khas ini telah diadakan secara di dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Ini adalah Mesyuarat Khas yang pertama diadakan bagi tahun 2022 bagi membincangkan isu-isu semasa dan perkara berbangkit yang memerlukan kelulusan segera Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan.

Pada mesyuarat tersebut yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul Rahman berserta Ahli Jawatankuasa yang lain telah berjaya mencapai kata sepakat bagi agenda yang dibentangkan serta memutuskan perkara yang telah berbangkit pada mesyuarat tersebut.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah hadir secara di dalam talian dan sangat komited untuk memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi persatuan yang telah direncana sejak tahun 2016 yang lalu.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan