SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

TERKINI: SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Terkini, laman web BKM telah memaparkan status dalam pengkreditan BKm Fasa 3 melalui semakan Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus.

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Baca Lanjut

TAKLIMAT PERKHIDMATAN PEMBEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 30hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir ke taklimat tawaran sebut harga bagi Taklimat Perkhidmatan Pembekalan Makanan Dan Minuman bagi Orang Kena Tahan Jabatan Imigresen Negeri Perak di Bangunan KDN, Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.

Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan taklimat berkaitan sebut harga ini telah diberikan oleh salah seorang Pegawai Tadbir Jabatan Imegresen Negeri Perak.

Bagi sebut harga Perkhidmatan Pembekalan Makanan Dan Minuman bagi Orang Kena Tahan Jabatan Imigresen Negeri Perak ini, pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berminat untuk menawarkan diri secara rasmi sebagai salah sebuah kontraktor yang menawarkan perkhidmatan seperti mana ditawarkan.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA DAN TAPAK BAGI KONTRAK PEMBERSIHAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 29hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir ke taklimat tawaran sebut harga bagi kerja-kerja pembersihan dan lanskap di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang terletak di Batu Gajah Perak.

Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama taklimat ini adalah menawarkan sebut harga serta mendengar taklimat berkaitan kontrak perkhidmatan membersih, menyelenggara, mencuci kawasan dan kerja-kerja landskap di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.

Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tuan Vijayan Kumar A/L Nadarajan telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan kebersihan dan landskap serta menyampaikan taklimat ringkas di auditorium dan turut hadir adalah Encik Azlan bin Hussain, Timbalan Pengarah APBM.

Baca Lanjut

PROGRAM BICARA SANTAI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb Ogos 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah program yang julong kali dianjurkan oleh KOPUBI Perak Bhd iaitu Program Bicara Santai yang melibatkan sesi bual bicara diantara Ahli Lembaga Koperasi dan anggota KOPUBI Perak Bhd.

Program ini telah berlangsung di Tower Regency Hotel & Residence dengan kehadiran hampir 30 orang anggota kopertasi termasuk Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman.

Hadir ke program ini adalah Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap setiausaha koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi Pn Samsiah.

Baca Lanjut