
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 28hb Ogos 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah program yang julong kali dianjurkan oleh KOPUBI Perak Bhd iaitu Program Bicara Santai yang melibatkan sesi bual bicara diantara Ahli Lembaga Koperasi dan anggota KOPUBI Perak Bhd.
Program ini telah berlangsung di Tower Regency Hotel & Residence dengan kehadiran hampir 30 orang anggota kopertasi termasuk Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman.
Hadir ke program ini adalah Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap setiausaha koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi Pn Samsiah.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Jawatankuasa Kantin Sekolah
Para anggota yang hadir pada program ini telah mendapat pencerahan berkaitan hala tuju serta matlamat KOPUBI Perak Bhd dalam usaha menjadi salah sebuah Koperasi yang berdaya maju di Negeri Perak ini disamping memahami konsep ‘Apa itu koperasi’.
Alhamdulillah melalui program ini juga, gerakan koperasi dan serta uhkwah dapat dieratkan serta diperkukuhkan demi pembangunan ekonomi yang mampan serta berdaya maju.
KOPUBI Perak Bhd akan sentiasa menjalankan aktiviti serta menfokuskan segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak serta melibatkan anggota sebagai salah satu strategi yang mampan.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI