BAGAIMANA MENGUBAH MINDSET MENJADI KAYA DAN BERJAYA

BAGAIMANA MENGUBAH MINDSET MENJADI KAYA DAN BERJAYA

BAGAIMANA MENGUBAH MINDSET MENJADI KAYA DAN BERJAYA

Ramai orang mahu menjadi kaya dan berjaya, tetapi kadang kala mereka gagal mencapai impian dan matlamat mereka kerana sebab-sebab tertentu. Ada bermacam-macam sebab yang menjadi kegagalan sesorang itu dan faktor ‘mindset’ adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kejayaan dan kekayaan seseorang. Di sini kami kongsikan faktor-faktor bagaimana mahu mengubah mindset kita supaya kita boleh menjadi kaya dan berjaya pada masa hadapan. Selamat membaca.. Baca Lanjut

PROGRAM TERKINI PUBI PERAK

Program Terkini PUBI Perak!

Untuk makluman semua PUBI Perak akan menganjurkan 2 program dalam masa terdekat ini iaitu pada hari sabtu dan ahad ini iaitu masing-masing pada 21hb April 2018 dan 22hb April 2018.

Program tersebut adalah Bengkel Kecantikan dan Penyelesaian Masalah Kulit yang akan berlangsung pada 21hb April manakala satu lagi program adalah Bengkel Keusahawanan; “Buat Duit Dengan Bisnes Online” yang akan dijadualkan berlangsung pada hari berikutnya iaitu 22hb April 2018. Baca Lanjut

‘RAJA BOMOH’ UMUM BERTANDING DI BAGAN DATUK?

‘Raja Bomoh’ umum bertanding di Bagan Datuk

Ibrahim Mat Zin atau dikenali dengan panggilan ‘Raja Bomoh’, yang pernah mencetuskan fenomena menerusi ‘buah kelapa dan teropong ajaibnya’ beberapa tahun lalu, mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau selaku Presiden Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM) turut menimbang meletakkan calon di Pekan, Pahang selain berjanji untuk memberikan semua wang gajinya sebagai ahli Parlimen kepada rakyat memerlukan di Bagan Datuk jika memenangi PRU14. Beliau telah membuat pengumuman itu di salah sebuah hotel di Bandaraya Ipoh petang tadi.

Baca Lanjut

SHOPEE PIALA FA MALAYSIA 2018

Shopee PIALA FA MALAYSIA 2018 | PERAK FA VS PKNS FC

Kepada peminat-peminat bolasepak Negeri Perak semua. Jom kita saksikan perlawanan suku akhir kedua Shopee Piala FA Malaysia 2018, Perak FA menentang PKNS FC di Stadium Perak, Ipoh pada hari Sabtu ini.

Moh kita kuningkan stadium kita dan laungan slogan keramat kita; Kejorr Yob Skorr!

Dengar cerita tiket semua dah habis dijual? Wah…!

Sama-sama kita doakan kemenangan buat pasukan The Bos Gaurus!

Insyallah.

PERAK FA VS PKNS FC
21 APRIL 2018 | SABTU | 9.00 MALAM
STADIUM PERAK, IPOH