SUSPEK ROGOL, BUNUH DITANGKAP KETIKA TIDUR

TERKINI – SUSPEK ROGOL, BUNUH DITANGKAP KETIKA TIDUR

SUSPEK kes rogol ibu tunggal dan bunuh seorang lelaki di Kampung Mujur Jelawat, Bachok akhirnya berjaya ditangkap polis, pagi tadi.

Suspek berusia 19 tahun itu ditangkap polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, pada 10.30 pagi tadi di sebuah rumah hasil risikan mereka.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintedan, Samsulmuddin Sulaiman berkata, suspek ditangkap ketika sedang tidur di rumah berkenaan yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku kejadian jenayah itu.

Baca Lanjut

LELAKI MAUT DITIKAM, IBU TUNGGAL DIROGOL

ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang maut ditikam. Gambar – Harian Metro

JENAYAH – LELAKI MAUT DITIKAM, IBU TUNGGAL DIROGOL

LELAKI maut ditikam, manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu dikenali dalam kejadian di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur di dalam sebuah bilik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.

Baca Lanjut