PERJUMPAAN DENGAN PIHAK HOSPITAL PANTAI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Pihak Hospital Pantai bagi membincangkan usahasama pembekalan Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ KOPUBI Perak Bhd bagi kegunaan pesakit-pesakit di hospital ini.

Menyambut wakil dari pihak koperasi adalah Mr Jeffrey, Senior Manager Hospital Division di Hospital Pantai dan Dietition Specialist Hospital Pantai Ms Chai Yen.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami Mohamed Nordin.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP BSH 2020 ONLINE

INFO – PERMOHONAN BARU & KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP BSH 2020 ONLINE

Kepada penerima BSH 2020 fasa pertama, anda diminta untuk kemaskini Bantuan Sara Hidup bermula 1 Februari di portal rasmi BSH. Permohonan baru juga telah dibuka kepada yang layak.

Berikut kami kongsikan cara kemaskini permohonan BSH anda.

Kemaskini: Pembayaran BSH Fasa 1 sebanyak RM300 akan dibuat bermula 20 Januari (Isnin) kepada semua penerima BSH tahun lepas.

Namun bagi kategori bujang / OKU, pembayaran secara one-off akan dibuat pada fasa kedua nanti.

Baca Lanjut

PEMBIAYAAN PERIBADI BAI’ AL-INAH KOPUBI PERAK BHD

INFO: PEMBIAYAAN PERIBADI i-MIKRO BAI’ AL-INAH KOPUBI PERAK BHD

Berita baik untuk semua warga Negeri Perak, KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju di Bandaraya Ipoh ini dengan sukacitanya memaklumkan Skim Pembiayaan Peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd kini dibuka kepada semua.

Kami memahami keperluan anggota KOPUBI yang mungkin memerlukan modal pusingan tambahan untuk memajukan perniagaan masing-masing atau mungkin adakalanya anggota memerlukan wang tambahan untuk tujuan kecemasan dan sebagainya.

KOPUBI menyediakan pembiayaan mudah tanpa bukti pendapatan sehingga RM5,000 dan kelulusan pembiayaan peribadi i-Mikro Bai’ Al-Inah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat permohonan di bawah ini serta tertakluk kepada KELULUSAN Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut