DUNIA DIKEJUTKAN APABILA TENTERA ISRAEL MEMBUNUH KEJAM SEORANG JURURAWAT PARAMEDIK DI BUMI PALESTINE
Sedang kita sibuk berbicara tentang kisah remaja separuh lelaki dan separuh wanita bernama Faiz Roslan di Negara kita ini, seorang lagi anak muda wanita sejati bernama Razan Al Najjar telah mati syahid di Bumi Palestine baru-baru ini. Sesungguh pemergian beliau adalah sangat tragik dan sangat diratapi oleh seluruh umut Islam di dunia kerana keberanian beliau menjadi jururawat di medan pertempuran di Bumi Palestine.
Siapakah Razan Al Najjar? Beliau adalah gadis berusia 21 yang bertugas sebagai jururawat paramedik di Semenanjung Gaza. Beliau berasal dari Khuza’a sebuah penempatan di selatan Semenanjung Gaza. Tugas beliau adalah merawat Rakyat Palestine yang ditembak oleh tentera Israel ketika protes menentang Israel yang sedang berlangsung di sempadan Gaza ketika ini.
Razan Al Najjar telah merawat ramai mangsa dan telah berkhidmat dengan berani sehingga ke titisan darah beliau yang terakhir. Sewaktu kejadian beliau sedang berusaha menyelamatkan mangsa sebelum penembak tepat tentera Israel telah menembak beliau di bahagian dada dan menembusi bahagian belakang beliau. Darah mengalir membasahi baju west yang dipakai beliau yang terang-terang melambangkan beliau adalah anggota penyelamat. Namun itu tidak cukup untuk menidakkan sebiji peluru untuk singgah ke tubuh beliau.
Sepanjang hayat beliau ketika bertugas sebagai penyelamat di Semenanjung Gaza, beliau sangat komited dan berani serta sanggup mengambil risiko yang mengancam nyawanya demi menyelamatkan nyawa orang lain. Menurut Ibunya Sabreen al-Najjar, 43 berkata kali terakhir anaknya keluar rumah dengan senyuman yang manis dan tidak menyangka itulah kali terakhir beliau melihat senyuman anaknya itu.
Teman-teman seperjuangan juga terkejut dengan pemergian Razan Al Najjar dan tidak menyangka Tentera Isreal sanggup membunuh petugas penyelamat yang berbaju uniform jururawat paramedik. Menurut mereka ini adalah bertentangan dengan Konvention ke-4 di Gavena yang menegaskan mana-mana tentera sama sekali di larang untuk membunuh atau mencederakan mana-mana petugas penyelamat di medan peperangan.
Sabtu lalu, beribu-ribu rakyat Palestine telah berarak dan mengusung Mayat Razan untuk dikebumikan. Video menunjukkan ramai yang tidak dapat menahan kesedihan serta menitiskan air mata mengenangkan nasib Razan Al Najjar yang dibunuh sedemikian rupa.
Dalam pada itu, Pihak berkuasa Israel dalam kenyataannya berkata bahawa mereka akan menyiasat perkara tersebut dan akan bertanggungjawab. Manakala pemerhati dunia pula menggesa badan utama dunia iaitu UN untuk mengambil tindakan di atas kekejaman tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan ini.
PUBI Perak sangat mengutuk dan mengecam tindakan Tentera Israel ini dan menggesa agar perang ini ditamatkan dengan segera. Kerajaan Malaysia harus tegas di dalam isu ini dan wajar mengeluarkan kenyatan mengutuk tindakan Tentera Israel yang membunuh pasukan penyelamat sewenang-wenangnya.
Sama-sama kita doakan agar Allah melindungi saudara seislam kita di Bumi Palestine terutamanya di bulan Ramdadhan yang pernuh dengan keberkatan ini. Marilah kita meluangkan masa 2 minit untuk bertafakur dan sedekah Al-fatihah buat saudara seislam kita yang terkorban di Bumi Palestine termasuk Razan Al Najjar.
Nescaya Allah akan menempatkan mereka di syurga firduas sebaris dengan para syuhada.
Insyallah..
Tonton video Rayan Al Najjar yang menyentuh perasaan.. →
KOMEN TERKINI