RAMAI YANG PERCAYA BAHAWA KACANG TANAH NGAN YIN CAP TANGAN BERASAL DARI MENGLEMBU, PERAK TETAPI SEBENARNYA IA BERASAL DARI KAMPAR, PERAK!
Sebut sahaja kacang tanah di Malaysia, pasti orang akan ingat Kacang Tanah Ngan Yin Cap Tangan dan ramai juga yang percaya bahawa pengasas kacang ini berasal dari Menglembu, Perak. Sebenarnya dakwaan ini adalah salah sama sekali dan hasil kajian yang dibuat oleh PUBI Perak mendapati Kacang Tanah Ngan Yin Cap Tangan sebenarnya berasal dari sebuah pekan kecil pada suatu masa dahulu iaitu Kampar.

Ngan Yin, pengasas kacang tanah popular ‘Ngan Yin Cap Tangan’
Pada tahun 1929 seorang anak kecil berumur 10 tahun yang bernama ‘Ngan Yin’ telah mengembara sejauh 2,000 kilometer bersama Ibu dan makciknya. Mereka berasal dari Guangdong, China dan tujuan utama pengembaraan mereka adalah untuk mencari ayah Ngan Yin yang telah terlebih dahulu berhijrah ke Kampar sebelum itu.
Malangnya mereka tidak berjaya menemui ayahnya dan akibat kehabisan wang memaksa mereka untuk menetap di Kampar. Demi kelangsungan hidup Ngan Yin telah bekerja di lombong bijih timah manakala ibunya pula menjual sayur di pasar. Peniagaan Ibunya bertambah maju pada waktu itu dan membolehkan mereka menyimpan duit untuk memulakan peniagaan curut pada usia Ngan Yin 25 tahun.
Selepas tamat perang dunia ke-2, perniagaan curut Ngan Yin mengalami kemerosotan dan ini membuatkan Ngan Yin terpaksa memilih untuk memulakan perniagaan yang baharu dan beliau telah nampak satu peluang perniagaan yang bagus ketika itu iaitu menjual kacang tanah.
Pada tahun 1945, Ngan Yin memulakan perusahan kacang tanah tersebut secara kecil-kecilan di rumah mereka di Aston Settlement, Kampar Perak. Sehinggalah mereka berupaya membuka sebuah kilang kecil di Kampung Sultan, Kampar pada tahun 1957 yang boleh memuatkan seramai 100 orang pekerja.
Tahun berganti tahun, Perniagaan Kacang Tanah Ngan Yin bertambah maju dan kemuncaknya adalah pada tahun 1965 apabila Kacang Ngan Yin Cap Tangan ini telah berjaya dieksport ke Hong Kong dan bagi menampung permintaan yang meningkat, Ngan Yin pada tahun 1973 terpaksa membuka sebuah kilang yang baharu di Mambang Diawan, Perak di mana kilang pengeluaran ini mampu memuatkan hampir 400 orang pekerja di dalam satu masa serta mempu mengeluarkan lebih banyak kacang tanah.

Kilang Kacang Ngan Yin kini beroperasi di Kampar, Perak sering menjadi destinasi lawatan murid-murid sekolah rendah.
Pada tahun 1975, Ngan Yin telah mengambil keputusan untuk menaik taraf syarikatnya dan menggunakan nama rasmi iaitu Ngan Yin Groundnuts Factory Sdn. Bhd dan secara rasmi setahun kemudian iaitu pada tahun 1076, Kacang Ngan Yin Cap Tanga telah mula dieksport ke beberapa negara luar seperti Singapura, China, Canada, Hong Kong, New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Sedang Syarikat ini meniti kejayaannya di Puncak Dunia, negara telah dikejutkan dengan berita sedih iaitu pengasas perusahaan kacang yang sangat diminati ramai ini meninggal dunia pada 20 Julai 1980, ketika sedang melakukan aktiviti jalan kaki bersama keluarganya di kaki Bukit Kledang, Ngan Yin pada ketika itu berusia 61 tahun telah mengalami serangan jantung dan telah meninggal di dalam perjalanan ke Hospital. Jasad beliau kemudiannya telah disemadikan di Ipoh Perak.

Logo jenama Ngan Yin cap Tangan sebelum ditukar kepada jenama ‘Thumbs’ Ngan Yin.
Ngan Yin dalam usianya telah banyak berbakti kepada masyarakat cina di kampar dengan membina rumah kebajikan orang tua serta banyak melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu golongan yang memerlukan. Beliau juga aktif bepersatuan dan pernah dilantik menjadi pengerusi kepada Persatuan Pun Yi dan juga Pengerusi Eksekutif Sekolah Menengah Pei Yan Kampar.
Pada hari ini menyaksikan Kacang Ngan Yin telah mengalami evolusi di nama jenama Cap tangan telah ditukar kepada ‘Thumbs’ serta menukar nama dari Ngan Yin Groundnuts Factory kepada Ngan Yin Food Industries. Ngan Yin Food Industries juga telah menghasilkan kacang-kacang premium untuk pasaran antarabangsa seperti Kacang Tanah ‘Handong Roasted’ dan lain-lain lagi.
Begitulah kisah kejayaan Ngan Yin dari seorang pengembara dari Guangdong, China kepada seorang usahawan yang tersohor di Negara kita serta berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Semoga usahawan-usahawan melayu menjadikan kisah ini sebagai sebuah kisah yang memberi semangat serta motivasi kepada kita untuk lebih berjaya pada masa hadapan.
Insyallah..
Sumber: nganyin.com
KOMEN TERKINI