
KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7
- PUBI Perak menyokong penuh pelantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7.
- Kerajaan baru yang ditubuhkan wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti yang lebih baik kepada usahawan untuk terus maju.
- Kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya.
- PUBI Perak sangat berharapan kepentingan usahawan bumiputera dijaga, terpelihara dan terbela di bawah kerajaan persekutuan yang baru dibentuk ini.
- PUBI Perak juga berharap pimpinan YAB Perdana Menteri memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Pesekutuan bagi membina semula Negara Malaysia kearah yang lebih baik.
Sekian,
Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi PUBI Perak
11/05/2018

SETIAP TAHUN LANGKAHNYA SEMAKIN MELEBAR
KITA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA KEJAYAAN TIDAK DATANG DENGAN MUDAH.
HARI INI PUBI PERAK HENDAK BERKONGSI 11 Tips Berguna Dari Vivy Yusof.

KOMEN TERKINI