
INFO – TRAGEDI KREN TUMBANG DI MEKAH, WARIS TELAH TERIMA RM1.17 JUTA
KUALA LUMPUR: Pembayaran wang pampasan bagi jemaah haji yang terkorban dan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah pada 2015, membuktikan keprihatinan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, terhadap mangsa dan waris insiden berkenaan, kata duta negara itu ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Katanya, walaupun syarikat pembinaan, yang bertanggungjawab dalam menaik taraf Masjidil Haram ketika insiden itu didapati tidak bersalah dan tidak perlu membayar pampasan, Raja Salman prihatin dan memutuskan mengeluarkan peruntukan, sebagai bayaran pampasan kepada mangsa dan waris kejadian itu.
Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada 11 Sept selepas selesai solat Asar itu, katanya Raja Salman bergegas melawat lokasi kejadian sejurus dimaklumkan tentang kejadian malang itu, dan mengarahkan supaya penyiasatan segera dilakukan bagi mempercepatkan urusan penyerahan pampasan kepada mereka yang terlibat.
“Raja Salman juga sentiasa memantau rapat perkembangan insiden itu dari awal sehingga selesai pemberian wang pampasan, kepada mangsa dan waris dari setiap negara yang terlibat.
“Arab Saudi sentiasa meletakkan perkhidmatan kepada agama Islam dan umatnya sebagai keutamaan, serta dua kota suci Makkah dan Madinah adalah syiar penting dalam pelaksanaan ibadah haji,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Bernama di Kedutaan Arab Saudi di sini, pada Selasa.
Baca Lanjut →



KOMEN TERKINI