BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT MEE KUNING ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK DAN HAAZA CENTRE OF EXCELLENCE.
Pada 22hb September yang lalu telah berlangsung ‘Kursus Kemahiran Membuat Mee Kuning (Frozen)’ bersama PUBI Perak dan Haaza Centre of Excellence.
Program yang berlangsung satu hari itu sangat padat ini di mana ke semua peserta telah mempelajari teknik membuat mee kuning homemade special yang boleh disejukbekukan (frozen) yang di ajar oleh Pengajar bertauliah dan berpengalaman luas iaitu Pn Jamaliah Md Yatim (Sis Lea), di samping itu mereka juga menerima taklimat khas dari En. Mohd Zakir Shah Bin Mir Bansah selaku Pengurus Pusat Bertauliah, Haaza Centre of Excellence berkaitan kursus kemahiran yang ditawarkan oleh Pihak Haaza.
Ditambah lagi dengan Taklimat Perlabelan khasiat Makanan oleh wakil dari Syarikat KBIO Resources Sdn Bhd, En Razali Abd Razak selaku Penolong Pengurus Teknikal Syarikat dan Taklimat Celik Pemasaran online oleh Timbalan PUBI Perak, En Nor Adzman Nali yang juga merupa Pengasas Syarikat Inspirasi Al-Falah Resources. Turut hadir pada majlis penutupan sebentar tadi adalah Pengerusi PUBI Perak En. Sharul, Setiausaha Agung Saudara Mohamad Jamean dan Bendahari Agung Cik Zarina Che Zam.
Semoga program anjuran PUBI Perak ini memberi manfaat kepada semua usahawan dan bakal usahawan.
Insyallah..
Untuk melihat Photo program ini sila klik →
KOMEN TERKINI