JOM DAFTAR BENGKEL TEKNIK PEMASARAN FACEBOOK (SIRI KE-2)

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Teknik Pemasaran Facebook di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi facebook.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT KE SWISS GARDEN BEACH RESORT, DAMAI LAUT LUMUT

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan kunjung hormat ke salah sebuah hotel penginapan yang ternama di Lumut, Perak iaitu Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi, En Fhami merangkap Timbalan Pengerusi bagi Kumpulan PUBI.

Menerima kunjungan pihak koperasi mewakili pihak Swiss Garden Beach Resort adalah Executive Chef, En. Mohamad Izad Bin Ismail, dan Mr J Ganesan Murty selaku Human Resources & Training Manager. Turut hadir hadir adalah team daripada finance Swiss Garden Beach Resorts.

Baca Lanjut

PORT SARAPAN PAGI DI IPOH YANG BERBALOI UNTUK KITA BANGUN PAGI (2020)

INFO – PORT SARAPAN PAGI DI IPOH YANG BERBALOI UNTUK KITA BANGUN PAGI (2020)

Ipoh sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikan bangunan-bangunan era kolonial yang menarik ramai pelancong ke sini.

Tapi bukan sebab itu je tau! Ipoh merupakan syurga makanan yang patut anda kunjungi. Ha, kalau dah sampai sini, korang kena try semua makanan yang best-best kat sini yang susah nak jumpa dekat tempat lain.

Untuk post kali ni, kami akan cerita dulu pasal port-port best untuk sarapan pagi di Ipoh. Jom!

Baca Lanjut

‘HENTI TUDUH ANAK SAYA MENINGGAL KERANA KORONAVIRUS’

Kredit Photo – Metro

TERKINI – ‘HENTI TUDUH ANAK SAYA MENINGGAL KERANA KORONAVIRUS’

“SAYA nafikan anak saya meninggal dunia kerana koronavirus. Itu tidak betul dan saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa sebarang usul periksa.

“Malah, video anak saya yang rebah turut tular di laman sosial dan dikongsi tanpa henti oleh orang ramai,” kata Norazlan Mokhri, 47.

Norazlan ialah bapa kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20, yang meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, 26 Januari lalu.

Katanya, dia dan keluarga terkilan apabila ada pihak yang mengatakan punca kematian Allahyarham disebabkan koronavirus.

Baca Lanjut