BERIKUT ialah 14 inti pati manfaat PKS dan Usahawan dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.
- Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
- Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
- Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
- Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
- Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
- Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd
- Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus
- Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion
- Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal
- Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
- Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
- TEKUN perolehi RM 100 juta.
- Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
- Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
Semoga dengan perbentangan belanjaan 2019 ini akan memacu ekonomi negara kita dengan lebih rancak disamping membantu industri PKS dan usahawan berkembang maju serta berdaya saing.
Insyallah..
TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2019
Teks Ucapan Belanjawan 2019 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2019 pada 2 November 2018 sejurus selepas YB Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
KOMEN TERKINI