MENYUSURI SEJARAH IBADAH QURBAN

*Sumber gambar : Masjid As Salam Puchong Selangor | Muslim Volunteer Malaysia

MENYUSURI SEJARAH IBADAH QURBAN

Sejarah perlu difahami bagi kita memahami sesuatu hakikat dan meneliti manfaat. Begitulah juga dengan ibadah qurban yang perlu difahami melalui sirah atau sejarahnya supaya dapat dihayati peristiwa disebalik ibadah tersebut.Tanpa memahami sirahnya, penyembelihan yang dilakukan pada hari Raya Eidul Adha akan menjadi umpama penyembelihan-penyembelihan yang biasa, atau mungkin juga menjadi sekadar satu adat yang biasa dilakukan menjelang hari Raya Eidul Adha.

Sebenarnya peristiwa qurban telah wujud dari zaman Nabi Adam AS. Iaitu apabila kedua-dua anaknya Habil dan Qabil diminta untuk melaksanakan qurban. Kita mengetahui bahawa Habil telah diterima qurbannya, manakala Qabil tidak. Namun bagi kita, di dalam pensyari’atan ibadah Qurban yang dilaksanakan sehingga kini, ia bermula semenjak zaman Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim merupakan seorang manusia yang telah digelar sebagai “Khalilullah” iaitu kekasih Allah, kerana kecintaan dan ketaatan kepada Tuhanya.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA KOPERASI USAHAWAN BANDAR MERU RAYA BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 09hb Julai 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan dengan Koperasi Usahawan Bandar Meru Raya Bhd bagi membincangkan usahasama strategik pembekalan Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ KOPUBI Perak Bhd bagi kegunaan restoran serta cafe-cafe di Negeri Perak ini.

Menyambut wakil KOPUBI Perak Bhd adalah wakil dari koperasi iaitu En Nizam Baharudin yang merupakan Pengerusi kepada Koperasi Usahawan Bandar Meru Raya Bhd.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Baca Lanjut

BENGKEL KEMAHIRAN MEMBUAT VIDEO & EDITING

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 18hb Julai 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Kemahiran Membuat Video & Editing.

Baca Lanjut

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE BERMULA 7 OGOS

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020 SECARA ONLINE BERMULA 7 OGOS

Pembayaran BSH fasa 3 telah bermula 24 Julai.

Manakala tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti.

Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Baca Lanjut