KUNJUNG HORMAT KE BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS BANDARAYA IPOH

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 08hb Mac 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Bahagian Pengurusan Korporat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Menyambut kehadiran wakil deligrasi PUBI Perak adalah En Syarir selaku Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan beberapa orang pegawai Majlis.

Baca Lanjut

MESYUARAT PENYELARASAN PENGANJURAN BAZAR RAMADHAN BAGI TAHUN 2022

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 7hb Mac 2022 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Bazar Ramadhan Bagi Tahun 2022 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Baca Lanjut

OPERASI MEMASANG SIGNBOARD PEJABAT CAWANGAN KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Februari 2022 yang lalu, Pejabat Cawangan KOPUBI Perak Bhd di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak telah menerima papan tanda yang baharu dan berjaya dipasang dengan baik sekali.

Syukur pada hari bersejarah tersebut papan tanda Pejabat Urusan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) Cawangan Perak Tengah telah dinaikkan di premis beralamat No.25 (Tingkat 1) Jalan Maju 1, Taman Maju Seri Iskandar Perak.

Untuk makluman semua, ini adalah cawangan pertama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di Daerah Perak tengah yang mana akan menguruskan segala urusan pendaftaran serta pembiayaan kepada anggota koperasi ini.

Baca Lanjut

KURSUS WAJIB 1 ANJURAN INSTITUT KOPERASI MALAYSIA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb Feb 2022 sehingga 24hb Feb 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) iaitu Kursus Wajib 1 bertempat di Hotel Kinta Riverfront Ipoh Perak.

Kursus ini yang telah berlangsung dengan jayanya telah dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak.

Alhamdulillah, mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) adalah Bendahari Koperasi iaitu Pn Samsiah dan dua orang Ahli Lembaga iaitu Pn Norhuda dan En Khairul Akmal.

Baca Lanjut