INFO: CARA MENAMBAH LAMAN WEB KE SKRIN UTAMA PERANTI MUDAH ALIH ANDA

Sudah pasti anda tertanya bagaimana untuk menambah sesebuah laman web kegemaran anda ke skrin utama peranti mudah alih (smartphone) anda supaya anda dapat mengikuti segala kandungan laman web kegemaran anda sekelip mata dan dihujung jari.

Di sini akan diterangkan langkah-langkah yang sangat mudah untuk anda berbuat demikian dalam tempoh masa tidak sampai 60 saat.

Ikuti arahan di bawah untuk menambahkan jalan pintas ke laman web di skrin utama peranti iPad, iPhone atau Android anda.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Beli Aset Digital Seperti Bitcoin Menggunakan Platform Luno

5 LANGKAH MUDAH UNTUK SETKAN LAMAN WEB DI ‘HOME SCREEN’ PERANTI iPAD ATAU iPHONE

  1. Lancarkan aplikasi “Safari”. Kaedah ini tidak berfungsi dari aplikasi “Chrome”.
  2. Masukkan alamat URL laman web yang ingin anda buat jalan pintas ke ‘home screen’ peranti anda. Contoh https://www.pubiperak.com/
  3. Klik “Go” kemudian klik kepada ikon yang menampilkan anak panah yang menunjuk ke kanan keluar dari kotak di bahagian atas tetingkap Safari untuk membuka menu drop-down.
  4. Klik “Add to Home Screen..” Kotak dialog Add to Home akan muncul, dengan ikon yang akan digunakan untuk laman web ini di sebelah kiri kotak dialog.
  5. Masukkan nama jalan pintas (shortcut) menggunakan papan kekunci di layar dan klik “Add.” Safari akan ditutup secara automatik dan anda akan dibawa ke tempat ikon berada di desktop iPad anda.

Sangat mudah bukan? Selamat mencuba.

4 LANGKAH MUDAH UNTUK SETKAN LAMAN WEB DI ‘HOME SCREEN’ PERANTI ANDROID

  1. Lancarkan aplikasi “Chrome” di peranti android anda.
  2. Buka laman web atau laman web yang ingin anda pasangkan ke skrin utama ‘home screen’ anda.
  3. Klik ikon menu (3 titik di sudut kanan atas) dan klik ‘Add to homescreen’.
  4. Anda dapat memasukkan nama jalan pintas (shortcut) dan kemudian Chrome akan menambahkannya icon laman web tersebut ke skrin utama anda.

Wah, untuk peranti android hanya memerlukan 4 langkah sahaja. Ya sangat mudah? Selamat mencuba.

Kini anda sudah boleh meletakkan laman web kegemaran anda di homescreen peranti telefon bimbit anda. Bolehlah cuba meletakkan laman web PUBI Perak di homescreen masing-masing supaya anda tidak terlepat info-info menarik yang dipaparkan di laman web seterus anda dapat access yang mudah dan cepat.

Insyallah.

Access ke Laman PUBI Perak kini lebih mudah dan cepat! Selamat mencuba..