INFO: SPPP – PENDAFTARAN SSM PERCUMA UNTUK SEMUA PELAJAR & USAHAWAN B40

Berita baik buat semua di mana Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah diperluas kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Kemaskini GKP 1.0 Dan 2.0 Untuk Yang Gagal Kredit (Mulai 15 Februari)

sppp

PENGECUALIAN FI SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Kini, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

​Bil​Perkara​Pengecualian Fi
​1.​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau​RM30
​2.​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan​RM60
​3.​Cetakan maklumat​RM10

KELAYAKAN DAFTAR SSM PERCUMA (BERMULA 15 FEBRUARI)

Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40

  • (a) Pemegang MyKad/MyPR;
  • (b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • (c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  • (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. 

KATEGORI PELAJAR IPTA/S

  • (a) Pemegang MyKad/MyPR;
  • (b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  • (c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  • (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Baca juga: Cara Daftar / Renew SSM Online Melalui ezBIZ SSM 2020

Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti channel Telegram kami di https://t.me/InfoUsahawanPUBI

CARA PENDAFTARAN SSM PERCUMA UNTUK B40 & PELAJAR

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my.

Berikut adalah langkahnya:

  1. Login ke laman web EzBiz https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Sila pilih menu MY BUSINESS SERVICE.
  3. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
    • Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
      a) Nama perniagaan
      b) Tarikh permulaan perniagaan
      c) Alamat utama perniagaan
      d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
      e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
      f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
      g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  4. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  5. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. 

• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage

Sumber: eCentral