SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB DATO’ SAARANI

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Dato’ Saarani Bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak ke-14 pada 10hb Disember 2020.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

PERMOHONAN TRRF BNM: DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000

INFO: PERMOHONAN TRRF BNM – DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan dana khas bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat langkah pembendungan penularan wabak COVID-19 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar atau Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF).

Untuk makluman, TRRF ialah kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

Matlamat pembiayaan TRRF ini adalah untuk membantu PKS menyediakan modal kerja sahaja dan tidak tertakluk dengan perkara-perkara yang lain.

Baca Lanjut

CARA MENDAFTAR i-AKAUN KWSP MELALUI KIOSK, BANK, ONLINE & EMAIL

INFO: CARA MENDAFTAR i-AKAUN KWSP MELALUI KIOSK, BANK, ONLINE & EMAIL

Bagaimanakah cara untuk register i-akaun KWSP? Tahukah anda bahawa hhli boleh daftar i-akaun melalui KIOSK KWSP, secara ONLINE dan juga melalui EMAIL. Bagi memudahkan urusan menguruskan duit EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-akaun, berikut adalah kelebihan jika ahli yang mempunyai i-akaun,ahli dapat membuat urusan berikut secara online:

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan/waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Contohnya pengeluaran i-SINAR,i-LESTARI

Berikut adalah perkongsian tentang cara register i-akaun KWSP melalui KIOSK KWSP,ONLINE dan EMAIL.

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di atas khidmat dan bakti beliau selaku Menteri Besar Perak dari tahun 2018 sehingga 4hb Disember 2020.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI