TUN RAHAH MENINGGAL DUNIA: UCAPAN TAKZIAH DARIPADA KUMPULAN PUBI

SALAM TAKZIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 di atas pemergian ibunya yang tercinta iaitu Tun Rahah Mohamed Noah.

Tun Rahah Mohamad Noah juga merupakan balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang ini ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Al-Fatihah..

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

MAIPk PERKENAL BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

TERKINI: MAIPk PERKENAL BAYARAN ZAKAT MELALUI SHOPEE

Ipoh: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperkenalkan platform e-dagang Shopee sebagai satu daripada medium pembayaran zakat bermula Jumaat ini untuk memudahkan pembayar.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari berkata pemilihan platform e-dagang itu seiring dengan perkembangan terkini berikutan masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

Katanya, para pengguna boleh membayar zakat dengan memilih ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan seterusnya mengikuti langkah-langkah mudah yang disediakan. 

Baca Lanjut

3 KANAK-KANAK MAUT, WANITA PARAH KEMALANGAN DI SIMPANG PULAI

Keadaan Perodua Alza selepas terbabit kemalangan dengan dua lori di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Simpang Pulai, menyebabkan tiga maut dan seorang parah. – Foto Ihsan Bomba Perak | Sumber Berita Harian

TERKINI: 3 KANAK-KANAK MAUT, WANITA PARAH KEMALANGAN DI SIMPANG PULAI

IPOH: Tiga kanak-kanak lelaki maut manakala seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Simpang Pulai petang ini. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.01 petang sebelum anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Axia dan dua lori yang semuanya dari arah utara. Kedua-dua lori dikatakan bergesel dan berhenti di laluan kecemasan, sebelum dirempuh Perodua Axia.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

INF0: PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

Bagi keluarga di Negeri Perak yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pada tahun 2021, anda boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk).

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.

Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.

Baca Lanjut