GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)

INFO: GKP PERMAI: SEMAKAN BAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 (MAC 2021)

GKP Tambahan atau GKP Permai adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 800,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.

Baca Lanjut

13 JENIS BANTUAN PINJAMAN MARA UNTUK PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMOHON

INFO: 13 JENIS BANTUAN PINJAMAN MARA UNTUK PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMOHON

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis kemudahan bantuan / pinjaman MARA yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera.

Ekoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan.

Oleh itu, kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang jenis bantuan pembiayaan pinjaman MARA yang boleh dimohon oleh usahawan Bumiputera.

Baca Lanjut

SEMAKAN RAYUAN GKP 2.0: JUMLAH & TARIKH BAYARAN 5 FEBRUARI 2021

INFO: SEMAKAN RAYUAN GKP 2.0: JUMLAH & TARIKH BAYARAN 5 FEBRUARI 2021

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tarikh pembayaran Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) akan mula dibayar kepada penerima mulai 5 Februari 2021 sebanyak RM3,000.

Untuk makluman, permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dilaksanakan pada 7 Disember hingga 21 Disember 2020 yang lalu bagi memberi peluang kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang gagal menerima GKP sebelum ini.

Setiap permohonan rayuan yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan disemak silang atau diverifikasi dengan agensi yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan PKS mikro tersebut benar-benar layak.

Baca Lanjut

‘BOSS SUSU’ JAWAB ISU PEGANGAN SAHAM YANG KECIL BERSAMA SYARIKAT TENUSU

TERKINI: ‘BOSS SUSU’ JAWAB ISU PEGANGAN SAHAM YANG KECIL BERSAMA SYARIKAT TENUSU

Jika anda berada di media sosial sejak beberapa hari ini, topik mengenai Boss Susu dan sebuah syarikat tenusu tempatan mungkin menjadi antara yang hangat dibicarakan netizen dan sering membuat kemunculan di timeline anda ketika ini.

Ia susulan hantaran oleh seorang individu yang menyenaraikan pegangan saham syarikat berkenaan dan menjelaskan Boss Susu atau nama sebenarnya Azmi Zainal hanya mempunyai pegangan saham yang kecil dalam syarikat tersebut.

Menyedari perkara itu menjadi perbincangan netizen, Azmi Zainal pada pagi ini tampil menjawab perkara berkenaan melalui satu hantaran di akaun Facebook-nya.

Baca Lanjut