INFO: 13 JENIS BANTUAN PINJAMAN MARA UNTUK PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMOHON

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis kemudahan bantuan / pinjaman MARA yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera.

Ekoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan.

Oleh itu, kami ingin kongsikan lebih lanjut tentang jenis bantuan pembiayaan pinjaman MARA yang boleh dimohon oleh usahawan Bumiputera.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semak Status i-Sinar Kategori 2 & Tarikh Pembayaran (25 Februari 2021)

APAKAH PINJAMAN MARA?

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi yang komited membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Skim pinjaman MARA / pembiayaan perniagaan sentiasa diperkasa untuk lebih menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang keusahawanan serta berdaya saing di peringkat dalam dan luar negara.

Setakat ini, MARA telah memberikan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada hampir 17 ribu usahawan dengan melibatkan saluran pembiayaan berjumlah lebih daripada RM288 juta bagi tahun 2020 melalui 13 jenis skim pembiayaan / pinjaman MARA.

13 JENIS SKIM PEMBIAYAAN / PINJAMAN MARA 2020/2021

Usahawan Bumiputera perlu ambil tahu laluan dan mengambil peluang ini bersama MARA bagi menyemarakkan lagi sektor keusahawanan ke arah yang lebih komprehensif.

Justeru itu, sokongan kemudahan pembiayaan perniagaan ini diklasifikasikan kepada beberapa jenis yang menawarkan pembiayaan RM500 ribu ke bawah dan RM500,001 sehingga RM1 juta tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan. 

Keistimewaan skim pembiayaan ini adalah patuh syariah, mudah dan cepat.

Antara Kemudahan Pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)
  2. Skim Pembiayaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  3. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  4. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)
  5. Skim Pembiayaan (DananITA) yang ditawarkan khusus buat usahawan wanita Bumiputera
  6. Program Mobilepreneur Food Truck
  7. Program Rantaian Industri (PRiN)
  8. MARA Intergrated Smart Auto (MiSA)
  9. Skim Kemudahan Mudah Jaya (SPiM)
  10. SPiM Tekno
  11. Program Galakan Eksport (GEB)
  12. Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
  13. Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

Sebarang pertanyaan dan info lanjut anda boleh layari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan link https://www.mara.gov.my/en/index/. Semoga dengan infomasi ini dapat memudahkan anda semua mendapatkan bantuan yang sewajarnya pada ketika pandemik covid-19 yang sedang melanda negara kita ini. Insyallah..