MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI PERAK BHD. BIL 01-2021

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 31hb Mac 2021 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.01/2021 bagi sesi tahun 2020/2021 di Pejabat Urusan PUBI Perak & KOPUBI Perak Bhd, Station 18 Ipoh Perak.

Mesyuarat kali pertama bagi tahun 2021 ini telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi diadakan setiap 3 bulan sekali bagi membincangkan hal ehwal pengurusan koperasi serta kewangan dan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2021 ini.

Mesyuarat yang berlangsung ini telah berjalan dengan baik dan dihadiri oleh semua Ahli Lembaga yang sangat komited untuk membangunkan serta memajukan gerakan koperasi di Negeri Perak terutamanya disamping meningkatkan ekonomi di Bandar Ipoh ini.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA: PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

INFO: PERMOHONAN BSN MICRO PEMERKASA – PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000

Para usahawan kini boleh memohon pembiayaan mikro kredit melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu BSN Micro Pemerkasa.

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu mengumumkan pelaksanaan 20 inisiatif Pemerkasa yang mana inisiatif ke-6 yang diumumkan adalah kemudahan mikro kredit kepada para usahawan mikro dan juga PKS dengan dana sebanyak RM500 juta.

Salah satu kemudahan mikro kredit yang ditawarkan menerusi Pemerkasa adalah BSN Micro Pemerkasa dengan dana sebanyak RM300 juta bagi usahawan mikro dan PKS yang layak dan diuruskan oleh BSN.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SPIN TEKUN: BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

INFO: PERMOHONAN SPIN TEKUN – BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

Bagi usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Untuk makluman, sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPIN telah dilancarkan oleh Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON PINJAMAN TABUNG USAHAWAN RM20,000 (TANPA FAEDAH) – YAYASAN PERAK

INFO: CARA MEMOHON PINJAMAN TABUNG USAHAWAN RM20,000 (TANPA FAEDAH) – YAYASAN PERAK

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan disamping membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2021, permohonan untuk mendapatkan bantuan ini telah dibuka seperti mana diwar-warkan di laman Facebook Rasmi Yayasan Perak. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

Baca Lanjut