SESI SIMULASI PENDAFTARAN DAN PENGUNDIAN MAPT (KOPSYA BHD)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 27hb Oktober 2022 yang lalu, telah berlangsung Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-8 yang julung kali diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.

Pelaksanaan Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian ini secara di dalam talian diadakan bagi memberi taklimat pelaksanaan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) serta tatacara pengundian pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian di dalam talian ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman. Seramai lebih 800 perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) bakal menhadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Kali ke-8 ini yang akan diadakan secara hibrid pada 29 Oktober 2022 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Baca Lanjut

DIRGAHAYU TUANKU

SEMOGA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH!

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak Sembah Dan Setinggi-Setinggi Ucapan Tahniah.

DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH SULTAN, YANG DI-PERTUA DAN RAJA PEMERINTAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2022.

“Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan”

Sembah Takzim Daripada;

MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 03/2022

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 13hb Oktober 2022 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Bil.03/2022 bagi sesi tahun 2021/2023.

Baca Lanjut

KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2022

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada pada 30 September 2022 sehingga 2 Oktober 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menyertai sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Karnival Barangan Malaysia.

Karnival yang diadakan selama 3 hari ini telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan parkir Gedung Pasaraya Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak.

Hampir 100 pempamer yang terdiri daripada kalangan usahawan dan agensi kerajaan telah menyertai karnival yang sungguh meriah ini termasuklah diadakan Jualan daripada Usahawan Industri kecil dan Sederhana dari pelbagai latar belakang perniagaan.

Baca Lanjut