KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada pada 30 September 2022 sehingga 2 Oktober 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menyertai sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Karnival Barangan Malaysia.
Karnival yang diadakan selama 3 hari ini telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan parkir Gedung Pasaraya Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak.
Hampir 100 pempamer yang terdiri daripada kalangan usahawan dan agensi kerajaan telah menyertai karnival yang sungguh meriah ini termasuklah diadakan Jualan daripada Usahawan Industri kecil dan Sederhana dari pelbagai latar belakang perniagaan.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Persiapan Karnival Barangan Malaysia 2022
Untuk makluman semua, pelbagai program yang menarik telah diadakan bersempena dengan penganjuran Karnival Barangan Malaysia berlangsung ini. Antaranya termasuklah program wacana rohani keusahawanan, wacana usahawan selebriti, persembahan artis tempatan seperti Wany Hasrita dan Kumpulan Azlan and the Typewriter dan pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan yang menanti pengunjung di sana.
Majlis perasmian karnival ini juga telah disempurnakan oleh YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 1 Oktober 2022 jam 2.00 petang dengan dihadiri oleh Dato’ Abdul Yunus Jamhari selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Kerajaan Negeri Perak.
Antara tetamu VIP yang hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Dato’ Zainol Fadzi Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak dan En. Rozlan selaku Pengarah Sekretariat Keusahawan Negeri Perak (STeP).
En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd bersama Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Haizul Fakarudin juga telah hadir sewaktu karnival ini berlangsung dan turut serta membantu membuat jualan produk-produk KOPUBI Perak Bhd yang dijual pada karnival ini.
Ahli Lembaga serta staf sokongan KOPUBI Perak Bhd turut hadir membantu membuat jualan serta memantau situasi semasa demi memastikan operasi booth pameran KOPUBI Perak Bhd tersebut berjalan dengan lancar serta berjaya menarik perhatian pengunjung karnival ini. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
KOMEN TERKINI