KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Pada 27hb Oktober 2022 yang lalu, telah berlangsung Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-8 yang julung kali diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom.
Pelaksanaan Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian ini secara di dalam talian diadakan bagi memberi taklimat pelaksanaan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) serta tatacara pengundian pemilihan Ahli Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung.
Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Sesi Simulasi Pendaftaran Dan Pengundian di dalam talian ini adalah Tuan Pengerusi En Sharul Baha Bin Abd Rahman. Seramai lebih 800 perwakilan daripada seluruh anggota koperasi yang berdaftar dengan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) bakal menhadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Kali ke-8 ini yang akan diadakan secara hibrid pada 29 Oktober 2022 bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Perjumpaan Bersama Pengurusan Syarikat Canggih Sutera
Bagi Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-8 ini juga turut diadakan sesi pemilihan anggota lembaga yang baharu serta Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung yang baharu dan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En.
Sharul Rahman telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung tersebut. Pencalonan beliau telah disahkan oleh jawatankuasa pemilihan KOPSYA dan secara rasminya layak untuk bertanding sebagai Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung dengan nombor calon adalah 04 pada esyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA Kali ke-8 ini nanti.
Untuk maklumat semua juga, ini adalah kali pertama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd menyertai Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KOPSYA ini sejak menjadi mendaftar keanggota pada tahun 2018 yang lalu.
KOPSYA adalah sebuah koperasi di bawah ANGKASA yang menjalankan aktiviti kredit serta pembiayaan kepada koperasi anggota dan merupakan salah sebuah koperasi yang terbesar di Negara kita serta telah mengemudi gerakan koperasi di Malaysia sejak kita merdeka lagi.
Semoga KOPSYA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sama-sama juga kita doakan kejayaan Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd di dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penentusah Minit Mesyuarat Agung yang bakal diadakan nanti.
Insyallah.
KOMEN TERKINI