GERAN AGROPRENEUR MUDA : JENIS BANTUAN, SYARAT-SYARAT & CARA MEMOHON 

GERAN AGROPRENEUR MUDA : JENIS BANTUAN, SYARAT-SYARAT & CARA MEMOHON 

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.

Program ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, pemasaran, perkhidmatan, Agropelancongan dan input sokongan pertanian.

Baca Lanjut

SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT PERAK SEJAHTERA

INFO : SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT PERAK SEJAHTERA

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan skim pinjaman Mikrokredit untuk para usahawan dan peniaga khusus untuk anak jati Negeri Perak.

Skim pinjaman Mikrokredit Perak Sejahtera adalah program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera yang menyasarkan peniaga dan usahawan mikro dan kecil di Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan. Dalam erti kata yang lain, pinjaman ini bersifat jangka masa pendek dan usahawan atau peniaga yang ingin mendapatkan pinjaman ini dialu-alukan memohon.

Baca Lanjut

PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

INFO : PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

Bank Rakyat telah memperkenalkan 2 skim pembiayaan baharu untuk golongan usahawan profesional dan perniagaan koperasi sektor pendidikan serta masjid iaitu BR ProNiaga dan BRKOP Lestari.

BR ProNiaga diwujudkan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pekerjaan berikutan COVID-19 dan telah memulakan perniagaan sendiri.

BRKOP Lestari pula adalah pembiayaan eksklusif untuk koperasi dari sektor pendidikan dan koperasi masjid.

Baca Lanjut