GERAN AGROPRENEUR MUDA : JENIS BANTUAN, SYARAT-SYARAT & CARA MEMOHON 

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.

Program ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, pemasaran, perkhidmatan, Agropelancongan dan input sokongan pertanian.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Skim Pinjaman Mikrokredit Perak Sejahtera

TARIKH PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA

Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Pemohon Geran Agropreneur Muda perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan muda berusia antara 18 hingga 40 tahun
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan /Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA.
  • Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.
  • Keutamaan kepada golonga muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Syarat permohonan pembiayaan adalah seperti berikut :

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
  • Mendapat sokongan teknikla daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan.

JENIS BANTUAN

Jenis bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Khidmat nasihat teknikal dan latihan
  • Geran berbentuk barangan

Pakej khas pembiayaan bagi perkembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut :

  • TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – sehingga RM 500,000 bagi setiap projek

CARA MEMOHON

Individu yang berkelayakan boleh lakukan permohonan di Pejabat jabatan / Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang UAM 01/14 (pin. 02/18)
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 perlu disertakan dengan anggaran Sebut Harga
  • Salinan sijil Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).
  • Dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan / Agensi MOA.

Nota : Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dihubungi. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

BORANG PERMOHONAN

Anda boleh muat turun borang permohonan seperti di bawah :

PERINGKAT RANCANGAN PERNIAGAAN

Lampiran 1 : Penyediaan Rancangan Perniagaan

Lampiran 2 – Borang Permohonan UAM

Lampiran 3 – Borang Penilaian Permohonan Geran

Lampiran 4 – Borang Permohonan Peluang Kedua

PERINGKAT PEMBEKALAN

Lampiran 5 – Borang Permohonan Pertukaran Spesifikasi GAM

Lampiran 6 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Serahan Dokumen Sebut Harga Bagi GAM

Lampiran 7 – Borang Penilaian Sebut Harga Pembekalan GAM

Lampiran 8 – Borang Permohonan Pelanjutan Tempoh Pembekalan GAM

Lampiran 9 – Borang Permohonan Pembatalan Pembekal GAM

PERINGKAT PEMBAYARAN

Lampiran 10 – Borang Pembekalan GAM

Lampiran 11 – Surat Aku Janji

PERINGKAT PEMANTAUAN

Lampiran 12 – Borang Laporan Pemantauan

Lampiran 13 – Borang Kemajuan Prestasi Usahawan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM), sila rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD