INFO : PEMBIAYAAN BR PRONIAGA DAN BRKOP LESTARI BANK RAKYAT

Bank Rakyat telah memperkenalkan 2 skim pembiayaan baharu untuk golongan usahawan profesional dan perniagaan koperasi sektor pendidikan serta masjid iaitu BR ProNiaga dan BRKOP Lestari.

BR ProNiaga diwujudkan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pekerjaan berikutan COVID-19 dan telah memulakan perniagaan sendiri.

BRKOP Lestari pula adalah pembiayaan eksklusif untuk koperasi dari sektor pendidikan dan koperasi masjid.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Briged Muda Petani Moden Negeri Perak

MENGENAI BRP PRONIAGA

Menerusi pembiayaan BR ProNiaga peruntukan sebanyak RM10 juta disediakan bagi membantu golongan profesional yang terjejas pandemik COVID-19 dan kini menceburi bidang perniagaan dengan menjadi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Usahawan Mikro: Pembiayaan RM10,000 hingga RM50,000.
  • Usahawan Profesional: Pembiayaan sehingga RM150,000.

Pembiayaan ini juga menawarkan tempoh moratorium selama 6 bulan.

MENGENAI BRP LESTARI

Untuk BRKOPLestari pula, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk membantu menlestarikan koperasi.

Ini termasuklah sektor pendidikan dan masjid seperti koperasi sekolah, institusi pendidikan tinggi (IPT) serta koperasi guru yang berdepan pelbagai kekangan untuk meneruskan perniagaan dalam fasa endemik

Pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM100,000 dengan tempoh moratorium selama 6 bulan.

Pembiayaan BR ProNiaga dan BRKOP Lestari Bank Rakyat

CARA MEMOHON

Permohonan kedua-dua pembiayaan ini boleh dibuat di semua cawangan Bank Rakyat.

Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara boleh dirujuk menerusi pautan https://www.bankrakyat.com.my/c/about/locator.

PERTANYAAN LANJUT

Pertanyaan lanjut mengenai BR ProNiaga dan BRKOP Lestari, sila hubungi pihak Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD