Bank Rakyat menawarkan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Ke Kaunter. Mudah & Cepat!
APAKAH ITU MPPK 2.0?
Skim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID
Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19.
MPPK 2.0 telah diteruskan dan kini dibuka untuk permohonan.
Rujuk ciri dan kelebihan skim pembiayaan ini dalam jadual di bawah.
CIRI / KELEBIHAN
Antara kelebihan skim ini adalah seperti dalam jadual berikut:
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
- Terbuka kepada individu
- Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talian
- Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
- Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah
CARA PERMOHONAN MPPK 2.0
Sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau qr2e@bankrakyat.com.my atau kunjungi Laman Khas Bank Rakyat
MAKLUMAT LANJUT
Sila rujuk saluran berikut:
- https://qr2e.bankrakyat.com.my
- Facebook Bank Rakyat
- Hotline : 1-300-80-5454
- Alamat HQ : Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI