INFO : SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT PERAK SEJAHTERA
Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan skim pinjaman Mikrokredit untuk para usahawan dan peniaga khusus untuk anak jati Negeri Perak.
Skim pinjaman Mikrokredit Perak Sejahtera adalah program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera yang menyasarkan peniaga dan usahawan mikro dan kecil di Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan. Dalam erti kata yang lain, pinjaman ini bersifat jangka masa pendek dan usahawan atau peniaga yang ingin mendapatkan pinjaman ini dialu-alukan memohon.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: MPPK 2.0: Program Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil
KRITERIA PINJAMAN MIKROKREDIT PERAK SEJAHTERA YAYASAN PERAK
- Perniagaan berdaftar di dalam Negeri Perak sahaja.
- Amaun piniaman antara RM3,000 hingga maksimum RM5,000.
- Untuk memulakan (semula) perniagaan atau usahawan baru. setiap pemohon.
- Skim pinjaman kewangan tanpa faedah.
- Tempoh pembayaran pinjaman antara 1 tahun hingga maksimum 3 tahun.
SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN
- Berumur antara 18 hingga 59 tahun Menetap atau bermastautin melebihi 5 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia (Jika berkahwin).
- Mempunyai SSM / lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) atau surat pengesahan berniaga daripada pemimpin setempat.
- Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- PMKS berstatus mikro atau peniaga kecil (termasuk perniagaan dirumah) Mempunyai penyata akaun bank persendirian atau rekod aliran tunai harian.
- Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang jualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan.
DOKUMEN PERMOHONAN
- Borang permohonan yang lengkap disi atau mengisi link Google Form yang disediakan.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (disahkan).
- Salinan Daftar Niaga (SSM) yang masih sah/lesen daripada mana-mana agensi usahawan atau pemimpin setempat.
- Pelan lokasi perniagaan.
- Sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal (Jika berkaitan).
- Salinan kad suntikan typhoid (disahkan) jika berkaitan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Yayasan Perak di talian 05 246 0998.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI