GERAN AGROPRENEUR MUDA : JENIS BANTUAN, SYARAT-SYARAT & CARA MEMOHON 

GERAN AGROPRENEUR MUDA : JENIS BANTUAN, SYARAT-SYARAT & CARA MEMOHON 

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Program Geran Agropeneur Muda kini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.

Program ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, pemasaran, perkhidmatan, Agropelancongan dan input sokongan pertanian.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BRIGED MUDA PETANI MODEN NEGERI PERAK

INFO : PERMOHONAN BRIGED MUDA PETANI MODEN NEGERI PERAK

Petani muda/belia tani di Negeri Perak dialu-alukan untuk memohon Briged Muda Petani Moden Negeri Perak.

Briged Muda Petani Moden ini telah di rasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad pada 4 September 2022 di Lubuk Merbau sempena Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030.

Untuk makluman, program ini diwujudkan bagi membantu petani muda/belia tani mengembangkan projek pertanian mereka menerusi bantuan atau peruntukan yang disediakan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Baca Lanjut