PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

INFO – PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO PAKEJ PRIHATIN PKS

Berikut maklumat tambahan Program Subsidi Upah PERKESO yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi melalui Pakej Prihatin PKS.

Program ini diperkenalkan sebagai langkah Kerajaan membantu majikan mengekalkan pekerja sepanjang tempoh PKP.

Sebelum ini, Kerajaan hanya mempertuntukkan RM600 bagi setiap pekerja, namun hari ini subsidi upah dinaikkan kepada RM1,200 (bergantung kepada bilangan pekerja sesebuah syarikat).

Baca Lanjut

SOALAN LAZIM MENGENAI LANGKAH-LANGKAH BANK NEGARA UNTUK MEMBANTU INDIVIDU, PKS DAN SYARIKAT KORPORAT YANG TERJEJAS OLEH WABAK COVID-19

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANTU INDIVIDU, PKS DAN SYARIKAT KORPORAT YANG TERJEJAS OLEH WABAK COVID-19

Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan beberapa langkah pengawalan dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat menangani kesan akibat wabak COVID-19.

Langkah-langkah oleh Bank bertujuan untuk membolehkan institusi perbankan kekal fokus terhadap usaha menyokong ekonomi yang sedang menghadapi keadaan luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini.

Langkah-langkah ini memberikan fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan mereka. Institusi perbankan berada pada kedudukan yang kukuh untuk berbuat demikian memandangkan adanya penampan kewangan yang besar yang telah terkumpul sejak sekian lama.

Baca Lanjut