10 PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) & ENTERPRISE

JOM BACA 10 PERBEZAAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD) & ENTERPRISE. SEMUA USAHAWAN WAJIB TAHU!

Kini ramai yang berbisnes mula sedar kepentingan untuk mendaftarkan perniagaan masing-masing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuklah pemandu Uber, Grab dan yang berniaga secara online di rumah. Tetapi masih ramai yang tidak pasti, nak daftar atas nama ENTERPRISE atau SDN. BHD?

Apakah beza SDN BHD dengan ENTERPRISE?

Baca Lanjut

UJIAN DI DALAM BERNIAGA

SETIAP MANUSIA PASTI AKAN DITIMPA UJIAN DIDALAM MENGHARUNGI BAHTERA KEHIDUPANNYA.

Sesuai dengan firman allah swt “Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai fitnah (ujian).” – Al Anbiya: Ayat 21.

Sama ada ujian itu didalam bentuk kesenangan mahupun dalam bentuk kesusahan, ujian ini adalah sebagai kayu ukur amal ketaqwaan seseorang itu disisi Allah SWT.

Baca Lanjut

KISAH KEJAYAAN PENGASAS AL-IKHSAN

BISNES – KISAH KEJAYAAN PENGASAS AL-IKHSAN

‘SALAH SEBUAH SYARIKAT PAKAIAN SUKAN BERJENAMA YANG TERBESAR DI MALAYSIA!’

Tuan Haji Ali bukan berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan perniagaan. Didikan ibu bapa beliau yg membentuk peribadi anak bongsu daripada 8 beradik ini. Sekitar usianya 17 tahun, masanya banyak dihabiskan dengan bermain bola, dan habis duduk melepak depan rumah dengan kawan-kawannya.

Kerap-kali beliau ditegur bapanya supaya cepat mandi dan solat Maghrib. Sekali buat, ditegur, kali kedua buat, ditegur baik lagi, kali ketiga beliau ulangi, ayahnya halau beliau dari rumah. Ya, dihalau rumah kerana nakal tak berubah menjaga solat awal waktu.

Sebulan Tuan Hai Ali berkelana dari satu rumah kawan ke rumah kawan yg lain, menumpang tidur. Setelah sebulan, beliau sendiri yang balik ke rumah, bapanya tidak langsung mencarinya. Bapanya menyampaikan satu mesej bahawa dia sayangkan Allah lebih dari sayang anaknya.

Baca Lanjut

GULA-GULA TERKENAL ‘HACKS’ ADALAH MILIK USAHAWAN ISLAM

SUDAH PASTI SETIAP DI ANTARA KITA PERNAH MENIKMATI GULA-GULA HACKS PADA ZAMAN KITA KANAK-KANAK DAHULU

Dengan jolokan nama ‘Hanya Aku Cinta Kepadamu Seorang’ itu, gula-gula Hacks sangat terkenal dan dijual hampir di setiap kedai-kedai runcit dan mamak ‘ting-ting’ di kawasan perumahan mahupun kampung-kampung tempat kita dibesarkan.

Tetapi pernahkah kita selidiki siapakah individu yang membangunkan jenama ini sehingga amat dikenali di negara kita dan menjadi salah sebuah jenama yang sangat kuat dan terulung di dalam golongannya. Baca Lanjut