BISNES – SEJARAH DAN ASAL USUL MINYAK AFIAT YANG TERKENAL

Sebut sahaja ‘Minyak Afiat’ rata-rata masyarakat kita sangat mengenali jenama ini dan kebanyakkan rumah pasti akan menyimpan sebotol minyak ini untuk kegunaan sehari-harian.

Minyak ini memiliki sejarah yang panjang sehingga menjadi minyak keluaran bumiputera yang sangat berjaya di pasaran pada waktu ini.

Di sini dikongsikan sedikit kisah sejarah dan asal usul Minyak Afiat untuk pengetahuan kita bersama di mana boleh dijadikan sumber inspirasi pada masa hadapan.

Biodata Datuk Seri Aliff Syukri, Raja Kosmetik Malaysia –>

SEJARAH AWAL MINYAK AFIAT BERMULA PADA TAHUN 1924

Sumber dipetik dari sebuah blog Afiat World

Untuk makluman semua, Minyak afiat ini telah diasaskan oleh Allahyarham Tn Hj Panjang Kamaruddin pada tahun 1924. Allahyarham walaupun lumpuh satu badan tetapi ketaatan beliau sebagai hamba Allah tetap menjalankan tanggungjawap sebagai seorang makhluk Allah.

Hendak dijadikan cerita Hj Panjang Kamaruddin telah mendapat petunjuk daripada Allah melalui mimpi. Di mana di dalam mimpi tersebut meminta Hj Panjang Kamaruddin mencari beberapa jenis daun tumbuhan semulajadi (daun yang boleh menyembuhkan kembung perut, buang angin gatal gatal kulit, menghentikan darah) dan dikisar sampai hancur lalu dimasak atau direbus dengan air zikir berserta doa dan akhir sekali dimasak dengan minyak kelapa dan kemudian minyak tersebut hendaklah di sapu setiap hari.

Tetapi disebabkan keadaan Hj Panjang Kamaruddin tidak mengizinkan untuk masuk ke hutan mencari bahan tersebut dan telah ditakdirkan oleh Allah bahawa dia tidak mempunyai anak maka disuruhnya anak saudara beliau Haji Khalid Uda Ismail membantunya dalam mencari dan membuat adunan daun seperti yang dimimpikan olehnya.

Dengan kuasa dan izin Allah maka pada permulaan jari kaki dapat digerak gerakkan, kemudian beransur kepada kaki dapat diangkat, tangan dan kemudiannya dapat bergerak seperti sedia kala.

Maka itulah kekuasaan Allah. Dengan selalu bermunajat dan menyerahkan diri 100% kepada Allah meninggalkan segala larangan dan buat segala yang disuruh oleh Allah maka setiap permintaan Insyallah akan termakbul maka “Minyak Afiat” ini adalah pemberian daripada Allah yang maha Esa.

Logo Minyak Afiat cap gambus memaparkan wajah Haji Panjang Kamaruddin

Setelah sembuh sepenuhnya maka Haji Panjang Kamaruddin menyerahkan segala formula kepada anak saudaranya Haji Khalid untuk dikomersialkan secara kecil kecilan dengan niat mecari rezeki dan menolong sesama manusia.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 2 pada masa itu, Minyak Afiat diisi didalam botol mula dijual maka bermulalah episod baru Minyak Afiat dalam kancah meniaga kecil kecilan di kaki-kaki lima, di pasar minggu, di pasar malam dan sebagainya sambil memetik Gambus menyayikan lagu lagu seperti “Pak Ngah balik”.

Ada satu ketika semasa menjual minyak tersebut di pekan sehari ada pembeli kurang yakin terhadap minyak tersebut dan meminta Haji Khalid membuat demontrasi. Hendak dijadikan cerita lalulah seekor ayam di hadapan beliau dan dengan tidak semana-mana Haji khalid menangkap ayam tersebut dan telah mematahkan kaki ayam tersebut.

Maka Haji Khalid melumurkan Minyak Afiat ke atas kaki ayam tersebut dan dibalut dengan kain dan dua batang kayu sebagai penyokong. Ayam tersebut diletakan di dalam sangkar sebuah kedai berdekatan.

Haji Khalid dengan nada yakin dan berkata Insyallah dia akan datang pada minggu depan dan dengan izin Allah kita sama-sama akan saksikan kaki ayam tersebut akan normal seperti sedia kala.

Seperti yang dijanjikan pada minggu hadapan Haji Khalid mengambil ayam tersebut dan menanggalkan balutan kaki dan dilepaskan ayam tersebut.

Dengan Izin Allah ayam tersebut berjalan seperti sedia kala maka bermula daripada kejadian tersebut Minyak Afiat telah mendapat kepercayaan dan sambutan daripada penduduk kampung.

Penjualan Minyak Afiat meningkat daripada masa kesemasa. Daripada botol tidak berlabel dibubuhnya label kertas bertulisan tangan. Daripada jalan kaki naik bas turun bas sudah mampu membeli van volkswagen.

Perniagaan produk Minyak Afiat ini telah memperluaskan jajahannya ke pantai timur dengan bantuan dua anak lelaki Haji khalid iaitu Mohd Amin dan Ahmad Zakaria maka mempermudahkan lagi proses penghantaran Minyak Afiat ini.

Dengan rezeki Allah sambutan menggalakkan lebih hebat di negeri-negeri pantai timur dan menjadi lubuk emas kepada Minyak Afiat terutama di kampung-kampung nelayan.

Minyak Afiat mengalami satu lagi revolusi baru apabila diberikan nafas baru setelah diberikan label pada bahagian botol dan ditambah perlindungan plastik pada bahagia luar label.




Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON –>

MENGORAK LANGKAH DENGAN MEMBUKA SEBUAH KILANG PADA TAHUN 1986

Daripada Syarikat perusahaan Minyak Afiat telah menukarkan pendaftaran syarikat kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn.Bhd pada tahun 1986 dan tersebut juga Haji Khalid mengambil langkah drastik dengan membeli sebuah bangunan sekolah swasta lama di mukim Kota Lama Kiri Kuala Kangsar , Perak.

Sebelum adanya kilang, operasi membuat Minyak Afiat dilakukan di Tambun, Perak dan di belakang rumah Haji Khalid sahaja.

Diatas permintaan ke atas Minyak Afiat semakin meningkat dan untuk menampung permintaan pengguna maka pada tahun 1986 juga Haji Khalid megambil langkah drastik dengan membeli sebuah lagi bangunan sekolah swasta lama di mungkim Kota Lama Kiri dan diubah suai menjadi kilang.

Minyak Afiat dibotol secara tradisi turun temurun.

Pada tahun 1986 kilang Minyak Afiat cara pembuatan minyak afiat seperti cara pengisian, melebal masih dilakukan secara manual.

Bagi mematuhi peraturan perundangan, Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd telah melakukan pengubahsuaian kilang mengikut skop kilang bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik @ Good Manufacturing Practice) di mana ianya telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1998 dan Syarikat Minyak Afiat merupakan antara kilang yang terawal mendapat pengiktirafan tersebut.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Produk Minyak Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin pada tahun 1924 yang mana kemudiannya telah diusahakan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail.

Bermula secara kecil-kecilan beliau telah memperluaskan perniagaannya ke seluruh pelusuk tanahair. Perusahaan Minyak Afiat kemudiannya telah ditukarkan kepada Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd dengan modal berbayar sebanyak RM 229,000.00 pada tahun 1989.

Sehingga tahun 2009, modal berbayar telah ditingkatkan kepada RM 771,000.00 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1 juta.

Setelah ketiadaan Allahyarham Haji Khalid, teraju pengurusan dan pentadbiran syarikat telah diambil alih oleh dua orang anak lelaki beliau.

Bermula dari detik penyerahan itu Syarikat Minyak Afiat Sdn. Bhd telah mengorak langkah menuju ke arah pengkorporatan dan meniti jalan mencari arah pasaran di peringkat antarabangsa.

Selaras dengan kehendak dan hasrat kerajaan, Syarikat Minyak Afiat telah membina sebuah kilang bertaraf GMP (Amalan Perkilangan Baik) yang mana syarikat ini adalah di antara kelompok pertama syarikat Bumiputera yang memperolehi pengiktirafan tersebut dari Kementerian Kesihatan dalam tahun 1996.

Berbekalkan formula dan ramuan tradisi keluarga, produk-produk syarikat ini telah mampu bersaing dengan produk- produk perubatan moden. Produk keluaran syarikat ini telah dianalisa dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin selamat serta bersih untuk digunakan.

Lantaran itu juga Syarikat Minyak Afiat telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia pada 25 Ogos 1996 bagi memelihara mutu keluaran syarikat secara berterusan.

Di atas kesedaran dan permintaan yang memberangsangkan, syarikat telah mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan herba dan makanan tambahan tradisional untuk kegunaan semua peringkat umur.

Di antara produk-produk Syarikat Minyak Afiat adalah seperti Minyak Afiat, Minyak Hangat Afiat, Set Bersalin Afiat, Air Jamu Bawang Putih dan Jus Halia. Selain itu, syarikat juga ada menghasilkan produk-produk penjagaan diri seperti Gel Mandian, Syampu, Feminine Care, Balm dan Krim Afiat hasil kerjasama dengan SIRIM Berhad.

Sehingga kini Syarikat Minyak Afiat telah memperluaskan pasarannya ke seluruh negara meliputi Hypermarket, farmasi sehinggalah ke pelanggan-pelanggan kecil.

Sebagai melebarkan lagi sayap perniagaan, pihak syarikat merancang mengeluarkan lebih banyak produk-produk baru berupa produk kosmetik, produk makanan kesihatan berasaskan herba dan juga produk penjagaan diri bagi memenuhi permintaan dan kecenderungan pengguna yang tinggi terhadap produk sedemikian.

Masih merangka kerjasama dengan SIRIM Berhad sebagai sumber penyelidikan dan pembangunan, projek produk-produk baru tersebut diharapkan dapat menyumbang ke arah memajukan lagi industri herba di Malaysia dan di peringkat global.

Rahsia Wanita Berpurdah Ini Jadi Jutawan Pada Umur 23 Tahun –>

MISI SYARIKAT

  • Syarikat bertekad untuk menjadi salah satu daripada peneraju utama dalam formulasi herba di dalam negara.
  • Syarikat juga bertekad untuk terus menjadikan syarikat lebih menarik, yakni disenangi oleh pemegang-pemegang saham, kakitangan-kakitangan, pembekal-pembekal, pelanggan-pelanggan, dihormati oleh pesaing-pesaing dan dihargai oleh lapisan komuniti masyarakat sebagai peneraju dan sebagai aset penting di dalam komuniti ia bergerak dan berkhidmat.
  • Setiap rumah harus ada produk Afiat sepertimana garam dan gula

VISI SYARIKAT

  • Visi syarikat direalisasikan melalui kejayaan yang dikecapi melalui produk-produk sediaada dan sedang meletakkan asas yang kukuh dalam membangunkan produk-produk baru.
  • Menjadi produk warisan negara suatu hari nanti




KEJAYAAN SYARIKAT

  • 1996 – Mendapat pengiktirafan GMP (Amalan Perkilangan Baik) dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  • 2003 – Memperolehi Persijilan ISO 9001:2000 (kemudian) daripada SIRIM QAS International for Quality Sistem Pengurusan pada April 2003 hingga April 2006
  • 2007 – Mendapat tempat Ketiga dalam Showcase SDSI Melaka bagi Kategori Produck Kesihatan
  • 2011 – Mendapat Pengiktirafan Halal dari JAKIM Malaysia

Sumber: Laman Web Afiat