PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK UNTUK PENIAGA IKS

PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK UNTUK PENIAGA IKS

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak kini menawarkan Program Pinjaman Tabung Usahawan untuk pemilik bisnes Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya daripada golongan B40.

Inisiatif ini merupakan satu bantuan pinjaman tanpa faedah kepada usahawan negeri Perak yang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

Baca Lanjut

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Selangor bakal menganjurkan Program Inkubator Usahawan Belia Tani bagi warga belia yang berminat.

Program ini adalah salah satu bentuk latihan pertanian jangkamasa panjang secara praktikal di ladang. Peserta yang terpilih akan menyertai program ini bermula pada Januari sehingga November 2023 secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.

Baca Lanjut

JUMPER PUNB 2022: PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GRADUAN

JUMPER PUNB 2022: PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN GRADUAN

Graduan Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan adalah dialu-alukan memohon Program JUMPER PUNB bagi pengambilan akhir 2022.

Program JUMPER PUNB adalah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Baca Lanjut

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JAMINKERJA 2.0: INSENTIF MAJIKAN & PEKERJA BAHARU 2022

JaminKerja 2.0 merupakan insentif kewangan yang diberikan kepada kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Ogos 2022 bagi pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022.

Program ini dikhaskan kepada majikan yang mengambil pekerja baru dalam kalangan sektor Pelancongan, Wanita penggantian Pekerja Asing dan Pegawai Dagang, dan Golongan Rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan lain-lain.

Menerusi program ini, majikan akan menerima insentif kewangan sehingga RM42,000 dan bantuan mobiliti kepada pekerja sebanyak RM500.00 dibayar terus secara one-off.

Baca Lanjut