SEORANG PENGGUNA FB KONGSI DETIK-DETIK CEMAS DITIPU ONLINE SCAMMER YANG SEDANG GIAT MENGODAM ‘ONLINE BANKING’ SEKARANG INI

KISAH KEHIDUPAN – SEORANG PENGGUNA FB KONGSI DETIK-DETIK CEMAS DITIPU ONLINE SCAMMER YANG SEDANG GIAT MENGODAM ‘ONLINE BANKING’ SEKARANG INI

SILA #SHARE

Pengkongsian kisah benar dari facebook Norzieana Mior Norahan

Assalamualaikum…

Ini dugaan yg aku lalui pada PKP Fasa 2 😔 Aku siarkan cerita ni atas nasihat daripada Inspektor Fatin dari IPD Batu Gajah agar kalian semua lebih berhati² menggunakan perbankan internet.

Cerita bermula pada hari Khamis (2 April 2020) sekitar jam 4.57 ptg, membuat pindahan wang sebanyak rm1,000.00 ke satu lagi akaun milik aku. Tak lama lepas tu sekitar jam 6.44 ptg aku menerima wasap daripada nombor 0176312341 menyatakan tersalah hantar TAC ke nombor telefon aku..Masa tu dah rasa lain macam “mana mungkin tersalah hantar TAC. nombor phne aku dgn dia bukan sama pun”..Dia x puas hati sbb aku x rply, dia call dari wasap sebanyak 2 kali tapi aku tetap x angkat sbb masa tu kebetulan aku tgh masak utk makan mlm..Tak lama kemudian menyusul nmbor TAC melalui sms di telefon aku..Aku yg tgh masak ni punya rasa mengeletar lutut bila dpt TAC tu, terus block nombor wasap & sms tu..Aku x boleh fikir masa tu, takut sgt² bila teringat kisah² org yg pernah kena tipu sblm ni..Bila aku x layan dia dah x call lagi..Aku sedikit lega la..Sambil² tu aku hubungi bff zaman sekolah dulu Mastura Abu Bakar yg bekerja di Maybank..Bertanya mcm² dgn mas berkaitan scammer ni..Sedikit lega bila mas kata aku bernasib baik kerana tidak berkongsi nmbor TAC tersebut..Dalam lega² tu aku cek gak akuan mmg masih ada duit..

Baca Lanjut

DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 (PRE 2020)

DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 (PRE 2020)

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020, enam (6) sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 akan menerima diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020. 

Kemudian pada 16 Mac 2020, kerajaan telah memutuskan untuk memberi diskaun 2% kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020. 

Baca Lanjut

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) AKAN DIBAYAR MULAI ISNIN DEPAN

TERKINI – BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) AKAN DIBAYAR MULAI ISNIN DEPAN

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 dan Siaran Media Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bertarikh 29 Mac 2020 yang lalu.

Telah diketahui umum bahawa di dalam pengumuman awal tersebut, BPN dirancang untuk dibayar pada penghujung bulan April 2020.

Jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

Baca Lanjut

NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

TERKINI – NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bangga dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Baca Lanjut