KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 30hb April 2021 yang lalu, En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpukan PUBI telah mengadalan lawatan kasih ke rumah salah seorang Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan juga merupakan Anggota Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim berserta suami beliau En. Safuan Othman.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya 2021
Tujuan lawatan adalah untuk menziarahi anak beliau yang telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sehingga menyebabkan lumpuh separuh badan iaitu dari pinggang ke bawah anggota badan.
Akibat dari kemalangan tersebut, anak beliau kini hanya mampu berkerusi roda dan terbaring di atas katil dan tidak mampu menguruskan diri dengan baik. En. Sharul Rahman sangat berdukacita di atas kejadian yang telah menimpa Ahli PUBI serta Anggota KOPUBI ini dan menzahirkan rasa sedih serta bersimpati.
Turut hadir pada lawatan ini adalah Setiausaha Persatuan Pn Shams merangkao Bendahari KOPUBI Perak Bhd dan ahli jawatankuasa Pn Zuraida.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar anak Pn Jamaliah Md Yatim dan En. Safuan Othman dapat sembuh seperti sedia kala serta dapat menjalani kehidupan seperti insan-insan yang lain.
semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga Allah terus memberkati keluarga ini.
Insyallah..
KOMEN TERKINI