PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

INFO: PERMOHONAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) 2022

Usahawan belia Bumiputera kini berpeluang mendapatkan latihan dan geran di bawah SME Corp menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) 2022.

TUBE merupakan inisiatif kerajaan yang diwujudkan pada tahun 2014 semasa Kongres Usahawan Muda Bumiputera bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. 

Selain itu, program ini juga menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.

Baca Lanjut

MyPREMIS MARA: PERMOHONAN SEWAAN PREMIS BANGUNAN MARA

INFO: MyPREMIS MARA – PERMOHONAN SEWAAN PREMIS BANGUNAN MARA

Usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan kini boleh memohon sewaan premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis.

Untuk makluman, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara. Semua permohonan penyewaan bagi lot niaga ini hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPremis yang telah dibangunkan oleh pihak MARA.

Usahawan Bumiputera yang berminat boleh memohon premis niaga melalui pautan https://premis.mara2u.my/.

Baca Lanjut