PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK SEJAHTERA 2021

INFO: PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PERAK SEJAHTERA 2021

Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 berjumlah RM19.5 juta bagi berdepan kesan Covid-19, termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi sepanjang sekatan pergerakan penuh.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, peruntukan diluluskan melalui mesyuarat kerajaan negeri dan fokusnya adalah untuk menjamin kelangsungan hidup termasuk keluarga miskin, kalangan B40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani selain operator sektor pelancongan.

“Antara intipatinya adalah pengecualian sewaan rancangan perumahan iaitu pengecualian bayaran sewaan bagi program Rancangan Perumahan Awam (RPA) di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi Jun membabitkan 24 penerima.

Baca Lanjut

BPR TAMBAHAN: SEMAKAN BAYARAN RM100, RM300 & RM500 AKHIR JUN INI

INFO: BPR TAMBAHAN – SEMAKAN BAYARAN RM100, RM300 & RM500 AKHIR JUN INI

Berita baik bagi penerima BPR, dalam Perutusan Khas Perdana Menteri telah diumumkan bayaran tambahan melalui Pakej Bantuan 3.0 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) PEMERKASA+.

Sebanyak RM2.1 bilion telah diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan tersebut bagi tujuan membantu kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh pandemik yang mencabar.

Berikut dikongsikan info penuh tentang bayaran Bantuan Prihatin Rakyat tambahan yang diumumkan setakat ini.

Baca Lanjut