SEMAKAN DAN PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN RM1,000

INFO: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN RM1,000

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia  (PERMAI)  pada 18 Januari 2021, mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan)  dengan peruntukan sebanyak RM650 juta yang akan  memanfaatkan 500,000 PKS Mikro. 

Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM  di 7 negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000 dan RM500 di negeri lain. 

Bagi para peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menerima Geran Khas Prihatin kitaran pertama dan kedua, GKP tambahan di bawah pakej PERMAI ini merupakan inisiatif terbaharu daripada kerajaan.

Baca Lanjut

PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR (K2) RM 1,000 BERMULA 26 JANUARI

INFO: PEMBAYARAN PENDAHULUAN i-SINAR (K2) RM 1,000 BERMULA 26 JANUARI

Pada pengumuman pakej baharu atau lebih dikenali sebagai PERMAI, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa KWSP akan melakukan proses pembayaran pendahuluan RM 1,000 bagi pemohon kategori 2.
Menurut beliau, proses pembayaran pendahuluan tersebut akan dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka telah memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Pembayaran pendahuluan ini akan bermula pada 26 Januari 2021 (Selasa).

Baca Lanjut