INFO: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN RM1,000
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari 2021, mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan) dengan peruntukan sebanyak RM650 juta yang akan memanfaatkan 500,000 PKS Mikro.
Bantuan ini terbuka kepada semua PKS mikro yang telah berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSM di 7 negeri PKP dengan bayaran sebanyak RM1,000 dan RM500 di negeri lain.
Bagi para peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menerima Geran Khas Prihatin kitaran pertama dan kedua, GKP tambahan di bawah pakej PERMAI ini merupakan inisiatif terbaharu daripada kerajaan.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pembayaran Pendahuluan i-Sinar (K2) RM 1,000 Bermula 26 Januari
Oleh yang demikian, seandainya anda tidak faham apa itu Geran Khas Prihatin (GKP TAMBAHAN) dilaksanakan, beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu.
APAKAH ITU GKP TAMBAHAN?
GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Ia bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN UNTUK GKP TAMBAHAN?
Jumlah nilai bantuan yang akan diterima oleh mereka yang memohon dan diluluskan ialah sebanyak RM1,000 secara one-off bagi mereka yang berada di negeri PKP.
Manakala bagi mereka yang berada di negeri lain pula adalah sebanyak RM500.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDAPAT GKP TAMBAHAN?
GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.
Ia agak berbeza dengan GKP sebelum ini. Jika diteliti pada GKP 1.0 dan 2.0 syarat-syaratnya sebagaimana berikut:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN?
Cara untuk memohon GKP ini adalah secara atas talian (online) melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM iaitu:
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin
Tiada lagi permohonan baru untuk GKP. GKP tambahan disediakan untuk PKS yang telah menerima bantuan sebelum ini termasuk rayuan.
Tarikh Semakan Keputusan Permohonan GKP
Bagi mereka yang akan memohon GKP tambahan ini, kami akan menyertakan tarikh semakan sekiranya ia telah dikemaskini dalam laman web GKP.
Tarikh Pembayaran GKP
Tarikh pembayaran GKP dijangkan akan dibuat pada Mac 2021. Kerajaan akan memperincikan tarikh sebenar selepas ini.
Cara Pembayaran GKP
Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0. Pembayaran untuk GKP akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP. Oleh yang demikian, akaun bank pemohon mestilah aktif bagi tujuan pembayaran ini.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI GKP
Sebarang pertanyaan mengenai GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Kami akan mengemas kini halaman ini dengan maklumat lebih lanjut sebagai info dan panduan anda.
Tarikh Kemaskini: 21 Januari 2021
SOALAN LAZIM FAQ BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP TAMBAHAN)
Bilakah Tarikh Permohonan GKP Tambahan?
Tarikh permohonan untuk GKP tambahan belum lagi dibuka.Bilakah Tarikh Semakan Status Kelulusan GKP Tambahan?
Belum diumumkanBilakah Tarikh Pembayaran GKP?
Tarikh pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Mac 2021.Berakah Jumlah Bayaran untuk GKP?
Jumlah bayaran adalah secara one-off sebanyak RM1,000 untuk negeri PKP.
RM 500 untuk negeri bukan PKP.
Bagaimanakah Cara Semakan Kelulusan GKP?
Melalui portal GKP yang disediakan LHDN iaitu https://gkp.hasil.gov.my
Sumber: Laman Web Rasmi Geran Khas Prihatin (GKP)
KOMEN TERKINI