PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 2hb Ogos 2020 yang lalu, PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program korban yang melibatkan Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.
Alhamdulillah, 2 ekor lembu dengan disertai oleh 10 bahagian peserta daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah berjaya disempurnakan tempoh hari sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tempoh hari.
AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Kunjungan Hormat Pegawai NIOSH (Perak) Ke PUBI Perak
Untuk makluman semua, program ini adalah anjuran komuniti Taman Bagus, Ipoh Perak di mana turt sama melibakan JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak yang diketuai oleh AJK Pn. Nurhuda Binti Abd Razak.
Syukur, majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar serta menuruti SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak Kerajaan bagi menjalankan salah satu ibadah yang dituntut oleh agama islam.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya termasuk menjayakan program berbentuk kerohanian serta kebajikan.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah “
Pn. Nurhuda Abd Razak
Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak merangkap Ketua Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak
KOMEN TERKINI