PROGRAM KORBAN PUBI PERAK BERSAMA KOMUNITI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 2hb Ogos 2020 yang lalu, PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan sebuah program korban yang melibatkan Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Alhamdulillah, 2 ekor lembu dengan disertai oleh 10 bahagian peserta daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. telah berjaya disempurnakan tempoh hari sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tempoh hari.

Baca Lanjut

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2019/1440H

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM

Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T. Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami doakan agar kita semua beroleh rahmat dariAllah sebanyak-banyaknya. Aamiin.

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


Baca Lanjut