INFO – MASJIDIL HARAM DAN MASJID NABAWI AKAN DIBUKA TIDAK LAMA LAGI
Dua buah masjid suci, Masjid Al Haram dan Majid Nabawi akan dibuka untuk orang ramai tidak lama lagi.
Perkara ini diumumkan sendiri Imam dan Khatib Masjidil Haram merangkap Presiden Ketua Umum Hal Ehwal, Syeikh Abdurrahman bin Abdul Aziz bin Muhammad as-Sudais al-Najdi melalui instagram rasmi Haramain_info.
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 12hb April 2020 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak telah mengadakan sebuah program amal iaitu aktiviti mengedar bungkusan makanan dan minuman kepada Frontliner yang sedang bertugas di Barisan Hadapan.
Ketua keluarga kini boleh membawa seorang lagi ahli keluarga ketika keluar membeli barangan keperluan sepanjang tempoh PKP Fasa 4 bermula hari ini | Gambar – BH Online
COVID-19: BOLEH KELUAR BERDUA DALAM PKP FASA 4
KUALA LUMPUR: Ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, boleh membawa seorang lagi ahli bersamanya.
Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu, berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.
INFO – PROGRAM BANTUAN MAJIKAN COVID-19 ATAU e-CAP KWSP
Berita baik untuk semua majikan yang terjejas akibat Coronavirus COVID-19. Kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuka permohonan bantuan e-CAP KWSP untuk majikan. Ini membolehkan majikan menangguhkan pembayaran EPF.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) bagi memberi sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik global.
Ramai tahu, pekerja boleh buat pengeluaran i-Lestari. Bagaimana pula dengan majikan? Mereka juga terjejas. Usah bimbang. Kerajaan masih prihatin dengan majikan dan usahawan dengan inisiatif e-CAP.
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI