PENDUDUK WUHAN SAMBUT GEMBIRA, PERINTAH BERKURUNG AKIBAT COVID-19 TAMAT SELEPAS 76 HARI

LUAR NEGARA – PENDUDUK WUHAN SAMBUT GEMBIRA, PERINTAH BERKURUNG AKIBAT COVID-19 TAMAT SELEPAS 76 HARI

Setelah 11 minggu dalam perintah berkurung untuk memerangi gejala wabak pandemik Covid-19, akhirnya Wuhan kembali hidup semula.

Tepat pukul 12 tengah malam pada hari Rabu, pintu masuk dan keluar bandar itu akan dibuka. Seramai hampir 11 juta penduduk di bandar itu, kini dibenarkan keluar rumah tanpa memerlukan kelulusan rasmi daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, mereka perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar bagi menjejaki pergerakan sekiranya mempunyai sebarang kontrak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Baca Lanjut

JAUHI HAIWAN PELIHARAAN ELAK DIJANGKITI COVID-19

Gambar – Google

TERKINI – JAUHI HAIWAN PELIHARAAN ELAK DIJANGKITI COVID-19

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada haiwan peliharaan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 bawaan binatang tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, haiwan yang dijangkiti virus berkenaan boleh menjangkiti manusia.

“Kita nasihatkan agar semua elakkan kontak rapat dengan haiwan,” katanya.

Baca Lanjut

BIODATA DATUK SERI ALIFF SYUKRI, RAJA KOSMETIK MALAYSIA

BISNES – BIODATA DATUK SERI ALIFF SYUKRI, RAJA KOSMETIK MALAYSIA

Yang Berhormat Datuk Seri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.

Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987 dan mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Pada mulanya, beliau telah berpindah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang.

Baca Lanjut

JUMLAH KEMATIAN GLOBAL DARI COVID-19 MELEPASI 75,000

Gambar – Google

DUNIA – JUMLAH KEMATIAN GLOBAL DARI COVID-19 MELEPASI 75,000

Pandemik COVID-19 telah membunuh lebih daripada 75,000 orang di seluruh dunia, majoriti mereka di Eropah, sejak ia muncul di China pada bulan Disember, menurut laporan yang dikumpulkan oleh AFP dari sumber-sumber rasmi pada 9.45 pagi pada hari Selasa.

Sebanyak 75,538 kematian telah direkodkan, termasuk 53,928 di Eropah, benua terburuk yang terkena virus. Rata-rata rasmi mungkin hanya mencerminkan sebahagian kecil daripada jumlah kes sebenar.

Baca Lanjut