PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 12hb April 2020 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak telah mengadakan sebuah program amal iaitu aktiviti mengedar bungkusan makanan dan minuman kepada Frontliner yang sedang bertugas di Barisan Hadapan.
AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Sumbangan Bantuan Makanan ADUN Simpang Pulai
Program ini telah diketuai oleh AJK Ketua Pasar Malam PUBI Perak iaitu Pn Noor Zalina dan dibantu oleh AJK Ketua Kebajikan dan Kerohanian Pn Nurul Huda.
Turut menyertai aktiviti amal ini adalah Pengerusi PUBI Perak merangkap Pengerusi Kumpulan PUBI iaitu En. Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Saudara Mohamad Jamean dan Bendahari Kehormati Cik Nor Zarina.
Ahli Jawatankuasa telah berkonvoi beramai-ramai dan telah singgah ke 5 lokasi untuk pengedaran makanan dan minuman iaitu di Roadblock RTC Gopeng, Roadblock Gunung Rapat Roadblock Taman Cempaka, Balai Polis Gunung Rapat dan juga Balai Polis Simpang Pulai.
Alhamdulillah, sebanyak 100 bungkusan makanan dan minuman telah diagihkan dan sumbangan ini adalah hasil derma daripada seorang hamba Allah yang disalurkan melalui PUBI Perak.
Ahli Jawatankuasa sempat turut singgah ke Asmara Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak (PPOC) di Gunung Rapat Perak untuk diagihkan beberapa makanan dan minuman untuk penghuni di sana.
PUBI Perak ingin mengucapkan ribuan terima kasih semua anggota polis, tentera & rela yang terus berkhidmat di waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Kami dapat merasai penat lelah para petugas semua dan kami di sini sangat-sangat menghargai pengorbanan anda!
Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh AJK PUBI Perak ini akan dapat memberi semangat kepada para barisan hadapan semua untuk terus berkhidmatn serta membuatkan mereka rasa dihargai dan dihormati.
Insyallah, PUBI Perak juga akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.Insyallah
Pn. Noorzalina Binti Mohd Yusoff
AJK Ketua Pasar Malam & Bazaar PUBI Perak
KOMEN TERKINI