Ustaz Ebit Lew menyantuni Anggota yang bertugas sewaktu Penularan Wabak Penyakit Covid-19 | Kredit Photo – FB Ebit Lew

BIODATA USTAZ EBIT LEW; INSAN YANG BANYAK MENYANTUNI MASYARAKAT DENGAN HIKMAH

Pada waktu penularan wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda negara kita pada waktu ini, kita dapat lihat bagaimana seorang insan sedang bertukus-lumus menyantuni anggota-anggota petugas di barisan hadapan dengan menyediakan keperluan-keperluan mereka.

Tindak tanduk beliau sangat dikagumi oleh netizen dan telah menjadi inspirasi kepada ramai orang bahawa hidup di dunia ini perlulah sentiasa beramal baik dan membuat kebajikan walau di dalam keadaan yang sukar.

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya Ustaz Ebit Lewdisegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Hanya Allah Yang Dapat Membalas Segala Kebaikan Ustaz Ebit Lew Di Saat Negara Diancam Wabak Covid-19 –>

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Akhirnya dengan izin Allah Swt, beliau dengan rela hati telah memeluk islam dan berjaya mengislamkan ahli keluargabya sendiri termasuk ayahnya.

Jom dengan masa yang ada pada waktu ini, kita luangkan sedikit masa untuk mengetahui dengan lebih lanjut latar belakang beliau agar kita dapat mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.

“Sayu Jer Tengok Yang Bertugas,” Ebit Lew Belanja Kfc Pada Staf Hospital Sungai Buloh –>

BIODATA USTAZ EBIT LEW

  • Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
  • Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
  • Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
  • Bangsa : Cina
  • Agama: Islam
  • Status : Berkahwin

Pendidikan :

  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Kerjaya : Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Pencapaian :

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.
Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.
Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..

Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Ustaz Ebit Lew berkongsi tips ‘3 doa rezeki’ di Facebook beliau

Sumber : Google & Facebook