TERKINI – USTAZ EBIT LEW MENYUMBANG 100 KIPAS, 50 PORTABLE AIRCOND, 3 MESIN BASUH 24 KG DAN 3 MESIN JAHIT KEPADA HOSPITAL YANG MEMERLUKAN
Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.
Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ribuan kes positif dan angka kematian sebanyak 84 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.
Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Nasional bagi membantu seluruh rakyat Malaysia yang terjejas ekoran Penularan penyakit Covid-19 ini
BACA LANJUT: Biodata Ustaz Ebit Lew; Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah
Tidak ketinggalan adalah individu yang banyak membantu di saat rakyat Malaysia sedang menghadapi kesusahan iaitu Ustaz Ebit Lew yang diketahui umum sedang giat menjalankan aktiviti amal dan kebajikan melalui NGO – Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
Semalam Ustaz Ebit Lew melalui satu lontaran di facebook beliau telah memaklumkan beliau telah menerima sebanyak 100 kipas, 50 portable aircond, 3 mesin basuh 24 kg, 3 mesin jahit serta peralatan keperluan lain-lain seperti face shield.
Peralatan-peralatan tersebut adalah untuk diberikan pada hospital serta klinik yang memerlukan bagi menangani penularan Penyakit Covid-19 yang sedang menyerang negara kita pada waktu ini.
Di laman facebook beliau membuat lontaran berbunyi;
ALHAMDULILLAH..
UNTUK PENGAGIHAN ESOK HARI.Sebak syukur baru sampai 100 kipas, 50 aircond portable, 3 mesin basuh 24 kg, 3 mesin jahit, barang lain lagi, face shield dan lain-lain. Esok baru tempah 2 lori besar.
Pohon doa semua yer. Semoga setiap perbelanjaan ini menyebabkan Redha Allah dan dapat membantu seramai mungkin. Setiap malam susah nak tidur walau akhirnya terlelap. Rasa penat. Bangun pagi sebelum Subuh berdoa rahmat dan kasih sayang Allah buat kita semua. Tiada langsung daya upaya melainkan dengan kuasa Allah.
Terima kaseh sentiasa mendoakan yer.”
UST EBIT LEW.
Begitu mulianya hati beliau di samping membantu golongan asnaf yang ditimpa kesusahan dan terputus bekalan makanan, di dalam masa yang sama beliau turut membantu barisan hadapan kita yang bertukus-lumus membantu menyelamatkan negara pada waktu ini.
Semoga Allah membalas segala budi baik dan jasa Ustaz Ebit Lew serta memberi kesejahteraan di samping diberi kesihatan yang baik kepada beliau.
Kita juga berdoa agar Allah melindungi serta membebaskan Negara kita dari Penyakit Covid-19 yang kini telah mengorbankan 84 nyawa di Negara kita ini.
Insyallah..
Sumber : Facebook Ustaz Ebit Lew
KOMEN TERKINI